Pages

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat tahun baru 2011 Abg Bob ucapkan kepada semua pembaca gilakpop dan juga penggemar K-pop sekelian. Thaun 2010 merupakan tahun yang cukup baik buat peminat dan penggemar K-Pop.

Tahun 2010 menyaksikan fenomena 'Hallyu' ataupun 'Korean Wave' terutamanya sekali dari sudut industri muzik melanda Malaysia dengan hebat sekali. Muzik K-Pop makin ramai pendengar dan juga penggemar sehinggakan banyak stesen radio berbahasa Melayu mula memutarkan lagu-lagu Korea di corong-corong radio. Paling mengejutkan, stesen radio ERA fm mencatatkan sejarah tersendiri sebagai stesen berbahasa Melayu yang pertama mewujudkan carta khusus untuk lagu-lagu Korea. Syabas diucapkan kepada ERA fm.

Tahun 2010 juga menyaksikan artis-artis K-Pop tidak putus-putus mengunjungi negara ini untuk rangka promosi dan juga mengadakan konsert. Antara nama besar yang telah hadir ialah Super Junior yang saban tahun datang membuat konsert tanpa rasa jemu.

Antara artis-artis lain yang menjejakkan kaki di sini termasuk Jay Park, Beast, U-KISS dan juga Kim Hyunjoong.

Tahun 2011 bakal dimulakan dengan konsert K-Pop terbesar iaitu DiGi Live K-Pop Party yang bakal dilangsungkan di Stadium Negara pada 13 Januari. Konsert ini bakal dijayakan oleh artis-artis kelolaan Cube Entertainment iaitu Beast, 4 Minute dan G.NA.

Abg Bob berharap agar 2011 bakal menyaksikan lebih banyak artis-artis akan singgah ke sini, terutamanya artis yang mempunyai fanbase yang agak besar di Malaysia seperti KARA, SNSD dan 2PM.

Terima kasih juga Abg Bob ucapkan kepada pembaca-pembaca gilakpop.com yang setia menyokong walaupun blog ini baru hanya 2 bulan beroperasi. Nantikan lebih banyak update tentang dunia K-Pop yang dibawakan segar olen Abg Bob pada tahun 2011. Kamsahamnida!

No comments:

Post a Comment