Pages

Tuesday, January 18, 2011

Review: Joo – Bad Guy (Napeun Namja)



Apabila bercakap tentang K-Pop, pasti ramai yang membayangkan muzik dance-pop yang rancak dan juga “idol group” seperti DBSK, Wonder Girls, Big Bang, Super Junior, 2PM, BoA dan SNSD. Tapi sedarkah anda terdapat banyak artis-artis K-Pop yang tidak kurang hebatnya yang lari dari genre sebegini?

Terdapat banyak artis-artis K-Pop yang popular menerusi irama rock dan juga ballad. Antara artis-artis K-Pop yang cukup popular kini dengan genre rentak perlahan dan ballad ialah 2AM dan SG Wannabe.

Joo merupakan antara artis K-Pop yang mendendangkan irama ballad. Joo atau nama sebenarnya, Jung Min Ju merupakan artis solo yang bernaung di bawah JYP Entertaiment.

Joo memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya, “Because of You” pada tahun 2008. Akan tetapi, Joo mengambil keputusan untuk kembali menjadi pelatih bagi memantapkan dirinya setelah dia menyedari masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Kini, pada 4 Januari 2011 yang lepas, Joo telah muncul kembali dengan mini-album terbarunya, “Heartmade” setelah menyepikan diri selama 2 tahun. Antara single yang tengah mendapat sambutan hangat sekarang ini ialah Bad Guy (Napeun Namja).

Lagu ini berkisar tentang rayuan seorang wanita terhadap pasangannya supaya tidak meninggalkannya.

Sebenarnya Abg Bob tak pernah mendengar Joo sebelum ini. Akan tetapi setelah menyaksikan persembahannya pada Music Bank minggu lepas, Abg Bob mula tertarik hari pada Joo. Persembahanya yang penuh emosi dan lebih mantap dari persebahannya pasa minggu pertama kemunculannya.

Selama ini, Abg Bob banyak mendengar lagu-lagu K-Pop berentak rancak setelah lama meninggalkan “scene” Indo-pop yang banyak lagu-lagu berentak ballad seperti ini. Terus terang Bad Guy telah menyebabkan Abg Bob agak tersentuh kerana lagunya agak mantap dan Abg Bob dapat merasakan emosi yang disampaikan menerusi lagu ini walaupun tidak memahami lirik yang terkandung di dalamnya.

Kepada semua peminat K-Pop mahupun peminat muzik amnya, lagu ini merupakan lagu yang bagus dan semua patut mendengarnya. Saksikan MV Bad Guy di bawah dan sila berikan komentar anda tentang lagu dan MV tersebut. Adios!




Sumber: JYPEntertaiment, soompi

No comments:

Post a Comment