Pages

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Lahir, Sunny



Hari ini merupakan hari ke-22 (23 mengikut kiraan kalendar Korea) ulangtahun kelahiran seorang ahli kumpulan Girls' Generation, Sunny.

Sunny atau nama sebenarnya, Lee Soon Kyu merupakan ahli ketiga tertua dalam kumpulan Girls' Generation selepas Taeyeon dan Jessica.
Sunny merupakan ahli Girls' Generation yang terakhir bergabung, hanya kira-kira 6 bulan selepas menyertai syarikat SM Entertainment.

Awal kemuncualnnya ramai yang membuat spekulasi tentang hal ini kerana pertalian darahnya dengan pengasas dan pengerusi SM Entertaiment, Lee Soo Man. Sunny merupakan anak saudara beliau.

Akan tetapi Sunny telah berjaya membuktikan bahawa dia memang layak untuk bergelar ahli Girls' Generation

Dengan vokalnya yang mantap dan juga skill yang tinggi dalam rancangan hiburan "variety", Sunny disukai ramai peminatnya juga disebabkan oleh kecomelannya sehinggakan digelar "Queen of Aegyo"

Di sini, Abg Bob ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Sunny yang merupakan salah seorang ahli Girls' Generation kegemaran Abg Bob.

Semoga Sunny suksess selalu dan lebih berjaya dalam kariernya bersama Girls' Generation.

Sunny hwaiting!

Profil Sunny:

Nama Pentas : Sunny (써니)
Nama Sebenar : Lee Sunkyu (이순규)
Posisi : Vokalis sokongan
Nama Panggilan : DJ Soon, Sunny Bunny, Aegyo Queen, Gag-dol, Strong Sunny, Chicken-Catcher Soonkyu
Motto : Everyday Sunny Day
Jenis Darah : B
Bahasa : Korean (Fasih), English (Asas), Chinese (Asas), Japanese (Asas)
Tarikh Lahir : May 15, 1989 (Lahir di Amerika Syarikat)
Tinggi : 155cm
Berat : 43kg
Hobi : Berenang, video Games, sukan, Aegyo mintak penumbuk
Minat : Muzik, fesyen, basa majalah, dancing, menyanyi & membeli-belah
Sekolah : Baehwa All-Girls High School
Saudara : 2 kakak, Lee Eun-kyu & Lee Jin-kyu
Tempoh Latihan : 6 Bulan. Berlatih selama 5 tahun di syarikat lain sebelum menyertai SM Entertainment.
Teman sebilik: Yuri(lama), Taeyeon(baru)






Sumber: SONEternity

Wednesday, May 11, 2011

SMTown Live in Paris: Tarikh kedua telah diputuskan.


Nampaknya permintaan peminat-peminat K-Pop Eropah telah di tunaikan.

Semalam, pihak pengurusan SM Entertainment telah mengumumkan bahawa satu lagu tarikh baru konsert SMTown Live in Paris telah dimuktamadkan, iaitu pada 11 Jun 2011.

Buat pembaca yang tidak tahu, satu "flash mob" telah diadakan oleh peminat-peminat K-Pop di Paris bagi mendesak supaya satu lagi konsert diadakan disebabkan kebanyakan peminat tidak dapat membeli tiket untuk konsert yang asal pada 10 Jun 2011 diseabakan kehabisan hanya setelah 15 ianya dijual. (sila rujuk sini)

Akan tetapi, tiket bagi konsert tesebut telah di tangguhkan hingga ke tarikh yang akan ditentukan kemudian, menurut laman webKorean Connection.

Konsert SM Town lazimnya mendapat sambutan yang amat hangat kerana dibarisi oleh artis-artis terbaik dan paling popular K-Pop seperti TVXQ, Super Junior, Girls' Generation, SHINee dan juga f(x).

Abg Bob harapkan dengan pengumuman ini, peminat-peminat K-Pop Eropah tidak lagi mengamuk dan boleh bergembira sakan apabila menyaksikan idol-idol mereka beraksi di atas pentas kelak.

Sumber: soshified

KBS Music Bank (6 April 2011): Jay Park juara buat pertama kali



Edisi Music Bank kali ini dipenuhi dengan berbagai persembahan yang menarik dan mantap.

Akan tetapi, Jay Park menjadi tumpuan utama apabila mengatasi juara minggu lepas, f(x) untuk merangkul trofi K-Chart untuk minggu ini.

Menewaskan f(x) dengan jurang yang amat tipis

Yang menariknya, minggu ini merupakan kemunculan sulung Jay Park sebagai artis solo setelah terpalit dengan berbagai skandal dan kontroversi semenjak dia meninggalkan 2PM.

Abg Bob pernah menemubual Jay Park ketika dia datang ke Malaysia tahun lepas dan Abg Bob berpendapat yang Jay merupakan seorang manusia yang sangat rendah diri dan artis yang amat berbakat dan serius dalam kerjayanya.

Tahniah diucapkan kepada Jay Park!

Sumber: allkpop

Tuesday, May 10, 2011

KBS Music Bank (29 April 2011): f(x) juara K-Chart buat pertama kali



f(x) telah muncul sebagai juara K-Chart pada edisi minggu ini menerusi lagu terbaru mereka, Pinocchio (Danger)

Ini merupakan kemenangan pertama f(x) dalam Music Bank atau mana-mana rancangan muzik sejak kemunculan mereka pada 2009.

Pentas Music Bank juga dipenuhi dengan After School, Eru dan Turtles yang membuat "comeback".

Kim Jong Min juga membuat "debut" sebagai artis solo dengan lagu terbarunya Cheer Up Man.

Apa-apa pun tahniah kepada f(x) di atas kemenangan sulung mereka

Mengenepikan 4minute di tempat kedua

Sumber: allkpop