Pages

Wednesday, June 8, 2011

Konsert SMTown Live in Paris bakal disiarkan menerusi laman Facebook dan Youtube.



Konsert SMTown Live in Paris yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Jun ini bakal disiarkan menerusi laman facebook SMTown (www.facebook.com/smtown) dan juga channel Youtube SMTown (www.youtube.com/smtown)

Demikian seperti yang di sahkan menerusi laman rasmi Facebook SMTown.

Konsert SMTown Live in Paris bakal berlangsung pada 2 tarikh iaitu 10 dan 11 Jun di Le Zenith de Paris.

Konsert ini bakal menampilkan artis-artis terhebat dari SM Entertainment seperti TVXQ, Super Junior, Girls' Generation, SHINee dan juga f(x).

Dengan penyiaran ini, para peminat SMTown di seluruh pelusuk dunia dapat menyaksian artis-artis kesayangan mereka walaupun tidak berpeluang menghadiri konsert tersebut secara langsung di Paris nanti.

p/s: Walaupun konsert ini tidak di "stream" secara langsung, Abg Bob berharap pihak SM Entertainment dapat menyiarkan keseluruhan konsert tersebut, setidak-tidaknya lebih 50% dari keseluruhan konsert tersebut.