Pages

Saturday, March 24, 2012

Girls' Generation menggamatkan suasana konsert Twin Towers @Live 2012



Dengan kehadiran kira-kira 50 000 orang peminat setia, memang layaklah sensasi pop Korea Selatan, Girls' Generation bergelar supergroup Asia No.1!


Seperti yang dilaporkan gilakpop.com sebelum ini, semalam Girls' Generation menjadi artis pertama yang membuat persembahan pada konsert Twin Towers @Live 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa F1 Sepang pada hujung minggu ini.


Konsert yang diadakan di kaki bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas turut menampilkan artis terkenal seperti Nicole Scherzinger namun berdasarkan sambutan hangat dari para peminat, Girls' Generation merupakan tarikan utama konsert tersebut.

Tuesday, March 20, 2012

Girls' Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur hujung minggu ini





Girls' Generation, supergroup dan kumpulan No.1 Asia dikhabarkan bakal datang ke Malaysia pada hujung minggu ini.


Mereka bakal membuat persembahan di kosert percuma Live @KLCC 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 yang bakal berlangsung di Litar F1 Sepang Ahad ini.


Girl's Generation bersama-sama superstar antarabangsa seperti Nicole Scherzinger, Orianthi dan Kelis bakal menghiburkan peminat mereka pada 23 dan 24 Mac ini.


Sehingga kini, tarikh sebenar Girls' Generation membuat persembahan masih belum dapat dipastikan lagi.


Segala perkembangan terbaru akan dikemas-kini di sini.


p/s: Tak sabar Abg Bob nak menyaksikan persembahan Girls' Generation secara langsung.


Sumber: MSN Malaysia

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Lahir ke-23, Kim Taeyeon

9 Mac merupakan tarikh yang amat dinantikan oleh SONEs iaitu peminat kumpulan No.1 Asia, Girls' Generation kerana tarikh ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Kim Taeyeon, teraju utama SNSD.

Sebagai anggota tertua Girls' Generation, Kim Taeyeon juga merupakan ketua kumpulan dan juga vokalis utama.

Taeyeon mempunyai suara yang agak lunak dan diakui antara yang terbaik dikalangan artis-artis idol di Korea.