Pages

Tuesday, July 26, 2011

Giliran AS Red tampilkan Video Muzik terbaru "In the Night Sky"


Setelah sub-unit After School, AS Blue muncul dengan video muzik terbaru, kini tiba giliran AS Red pula berbuat demikian.

AS Red muncul dengan video muzik mereka, In the Night Sky.

AS Red dianggotai oleh Kahi, Jungah, Uee dan Nana menampilkan imej seksi hot yang amat berbeza dengan imej seksi cute yang ditampilkan oleh AS Blue.

Saksikan video tersebut seperti di bawah.


Bagaimana pendapat anda? Adakah anda lebih suka dengan AS Blue ataupun AS Red lebih menarik minat anda?

Friday, July 22, 2011

Girls' Generation lancarkan Fanpage Facebook mereka yang rasmi


Hari ini, SM Entertainment telah melancarkan Fanpage Facebook rasmi buat artis terhangat mereka, Girls' Generation.

Ketika artikel ini ditulis, kira-kira 1.5 juta pengguna facebook telah pun "like" fanpage tersebut.

Bagi peminat-peminat Girls' Generation, cepat-cepatlah ke page ini, http://www.facebook.com/girlsgeneration dan tekan butang "like"

Wednesday, July 20, 2011

Video Muzik "Wonder Boy" dari AS Blue


Bagi para pembaca gilakpop yang masih dalam kesamaran, mulai besok band wanita popular After School akan membuat kemunculan semula.

Istimewa kali ini ialah mereka akan muncul dengan dua kumpulan kecil iaitu AS Blue dan AS Red.

AS Blue akan tampil dengan imej segar, anggun dan mereka terdiri daripada Lizzy, Raina, Jooyeon dan anggota terbaru E-Young.

Hari ini, AS Blue tampil dengan muzik video terbaru mereka yang berjudul Wonder Boy.

Single ini akan mula dipasarkan besok, 21 Julai 2011.

Saksikan MV tersebut seperti di bawah:


Sumber: soompi

Monday, July 18, 2011

Video muzik "Good By Baby" dari Miss A telah muncul!



Setelah Miss A mengeluarkan beberapa teaser tentang kemunculan semula mereka sejak minggu lepas, hari ini Miss A telah mengeluarkan video muzik rasmi mereka untuk lagu Good Bye Baby serentak dengan kemunculan album penuh sulung terbaru mereka yang bertajuk serupa.

Saksikan video muzik mereka seperti berikut:


Sumber: allkpop

Saturday, July 16, 2011

KBS Music Bank (15 Julai 2011): Triple crown buat "Hands up!" 2PM



Music bank kembali bersiaran sekali lagi minggu ini pada jam 4.25PM waktu Malaysia Barat.

Untuk edisi kali ini, 2PM membuktikan popularti mereka apabila telah berjaya menggondol juara K-Chart buat kali ketiga berturut-turut menerusi lagu funky mereka, Hands up!

2PM mengenepikan cabaran dari Starlight Moonlight oh Secret di tempat kedua.
Tahniah Abg Bob ucapkan buat 2PM dan peminat mereka, Hottest!



Menewaskan Secret di tempat kedua

Minggu ini juga menyaksikan sekali lagi banyak persembahan-persembahan yang bertenaga disajikan kepada penonton.

Secret dan A Pink membuat persembahan perpisahan mereka di atas pentas Music Bank manakala MBLAQ, J, Rumble Fish dan CAN membuat kemunculan semula. 

Artis-artis lain yang membuat persembahan termasuklah HyunA, T-Ara, Code V, Min Kyung Hoon, Mighty Mouth, The Grace - Dana & Sunday, B1A14, Navi, Jang Woo Hyuk, 8eight, Girls' Day, Shin Go Eun, SunnyHill dan Boyfriend
Saksikan sebahagian dari persembahan mereka di bawah:

2PM - Hands Up!



T-ara - Roly Poly


Secret - Starlight Moonlight


MBLAQ - Mona Lisa


Girl Day - Hug Me Once



Sumber: allkpop, soompi

Thursday, July 14, 2011

Teaser video muzik terbaru dari TVXQ, "Superstar"



TVXQ kembali lagi dengan teaser terbaru mereka, Superstar

Superstar merupakan single terbaru mereka untuk pasaran Jepun yang dijangka bakal menemui peminat pada penghujung bulan ini.

Ini merupakan lagu pertama mereka untuk peminat mereka di Jepun sejak kontroversi yang melanda mereka 2 tahun lepas.

Saksikan teaser berikut seperti di bawah.


Sumber: Avexnetwork

Wednesday, July 13, 2011

SECRET lancarkan Facebook fanpage rasmi mereka



Beberapa jam yang lalu, TS Entertainment telah melancarkan Facebook fanpage untuk SECRET secara rasmi.

Buat para peminat gadis-gadis comel SECRET, segeralah ke alamat ini http://www.facebook.com/SECRET2009 dan tekan butang "like" untuk join!

Sumber: allkpop

Min di dalam teaser terbaru Miss A untuk "Good Bye Baby" [Updated dgn versi Fei & Jia]



Semalam, teaser terbaru bagi kemunculan semua kumpulan Miss A telah muncul di saluran youtube.

Dalam teaser ini menunjukkan salah seorang anggota Miss A, Min  menampar seorang jejaka dengan latar muzik dari lagu terbaru mereka, Good Bye Baby.

Saksikan teaser tersebut seperti di bawah ini





Mini album terbaru Miss A akan berada di pasaran pada 18 Julai nanti

Update: Teaser versi Fei juga telah muncul pagi ini. Sila rujuk di atas.Versi Jia juga telah ditambah.

Sumber: allkpop