Pages

Friday, December 31, 2010

DiGi Live K-Pop Party 2011 di Stadium Negara


Pada 13 Januari 2011 ini, Stadium Negara Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan kehadiran 3 artis K-Pop yang ternama iaitu B2ST (Beast), 4 Minute dan G.NA. Mereka bakal memeriahkan konsert DiGi Live K-Pop party yang bakal di anjurkan oleh DiGi Telecommunication, salah sebuat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Ketiga-tiga artis yang bakal hadir adalah diuruskan oleh Cube Entertainment, yang merupakan salah sebuah syarikat pengurusan artis yang terkenal di Korea. Beast merupakan kumpulan boyband yang agak baru tetapi sangat popular dikalangan peminat-peminat K-Pop tempatan. Walaupun masih baru, namun mereka telah pun mengeluarkan 4 mini-album sehingga kini dan yang terkini dan mendapat smbutan hangat dari peminat, Lights go on again. Beast juga baru sahaja memenangi anugerah artis baru terbaik pada Golden Disk Award ke 25 yang berlangsung baru-baru ini.

4 minute juga merupakan girlband yang amat popular di sini. Lagu mereka Hot Issue seringkali di putarkan di corong-corong radio tempatan. Salah seorang anggotanya, Kim HyunA merupakan bekas anggota kumpulan popular Wonder Girls satu ketika dulu.

G.NA atau nama sebenarnya, Choi Ji Na merupakan artis solo yang baru sahaja debut pada bulan Julai 2010. Walaupun masih baru, sebenarnya G.NA mempunyai banyak pengalaman dan hampir muncul sebagai anggota kumpulan Five Girls jika tidak disebabkan oleh penutupan syarikat rakaman, Good Entertainment kerana masalah kewangan.

Tiket-tiket berharga RM350, RM200 dan RM120 masih boleh dibeli. Syaratnya sungguh mudah, hanya jadi pelanggan prepad atau postpaid DiGi dan melanggan servis DiGiMusic Pluz. Untuk maklumat lanjut, sila layari website ini

No comments:

Post a Comment