Pages

Monday, January 24, 2011

Dream High mula bersiaran di KBS World



Drama yang dinanti-nantikan ramai, Dream High akan mula bersiaran di KBS World, channel 391 Astro pada 9.03 PM malam ini.

Drama ini memang mendapat publisiti hangat sebelum ianya ditayangkan lagi kerana ia dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon hebat dan juga idol-idol K-Pop yang menjadi kegilaan remaja seantero Korea mahupun Asia.

Antara yang membintangi drama ini termasuklah pelakon Bae Yong Jun (Winter Sonata), Lee Yoon Ji dan barisan idol Taecyeon (2PM), Wooyoung (2PM), Suzy (Miss A), Eunjung (T-ara) dan penyayi solo paling hangat sekarang, IU.

Dream High merupakan kisah suka-duka para pelajar di sekolah elit  Girin Art High School yang bercita-cita untuk menjadi penghibur terkenal suatu hari nanti.

Sumber: D-addicts



1 comment:

  1. citer ni best untuk orang2 yg sukakan genre musical and dance drama...mix feeling..kelakar ada, serius ada, sedih ada, and macam2 lagi..anyway, worth watching it for now... btw, wooyoung is my favourite..hehehe...best tengok dia menari and nyanyi..

    ReplyDelete