Pages

Friday, December 31, 2010

DiGi Live K-Pop Party 2011 di Stadium Negara


Pada 13 Januari 2011 ini, Stadium Negara Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan kehadiran 3 artis K-Pop yang ternama iaitu B2ST (Beast), 4 Minute dan G.NA. Mereka bakal memeriahkan konsert DiGi Live K-Pop party yang bakal di anjurkan oleh DiGi Telecommunication, salah sebuat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Ketiga-tiga artis yang bakal hadir adalah diuruskan oleh Cube Entertainment, yang merupakan salah sebuah syarikat pengurusan artis yang terkenal di Korea. Beast merupakan kumpulan boyband yang agak baru tetapi sangat popular dikalangan peminat-peminat K-Pop tempatan. Walaupun masih baru, namun mereka telah pun mengeluarkan 4 mini-album sehingga kini dan yang terkini dan mendapat smbutan hangat dari peminat, Lights go on again. Beast juga baru sahaja memenangi anugerah artis baru terbaik pada Golden Disk Award ke 25 yang berlangsung baru-baru ini.

4 minute juga merupakan girlband yang amat popular di sini. Lagu mereka Hot Issue seringkali di putarkan di corong-corong radio tempatan. Salah seorang anggotanya, Kim HyunA merupakan bekas anggota kumpulan popular Wonder Girls satu ketika dulu.

G.NA atau nama sebenarnya, Choi Ji Na merupakan artis solo yang baru sahaja debut pada bulan Julai 2010. Walaupun masih baru, sebenarnya G.NA mempunyai banyak pengalaman dan hampir muncul sebagai anggota kumpulan Five Girls jika tidak disebabkan oleh penutupan syarikat rakaman, Good Entertainment kerana masalah kewangan.

Tiket-tiket berharga RM350, RM200 dan RM120 masih boleh dibeli. Syaratnya sungguh mudah, hanya jadi pelanggan prepad atau postpaid DiGi dan melanggan servis DiGiMusic Pluz. Untuk maklumat lanjut, sila layari website ini

Thursday, December 30, 2010

Teaser MV terbaru dari DBSK!

Hari ini, SM Entertainment telah menyiarkan teaser MV terkini untuk kemunculan semula DBSK (Dong Bang Shi Ki) di laman youtube rasmi mereka. Teaser ini sedikit sebanyak memberi tahu akan imej baru DBSK yang ingin di ketengahkan pada ablum terbaru mereka yang bakal berada di pasaran pada 5 Januari 2011.

Akan tetapi, seperti mana semua sedia maklum, DBSK hanya akan muncul kembali sebagai duo yang dianggotai U-Know Yunho dan Choikang Changmin. Nikmati teaser mereka sperti di bawah, atau pergi terus ke laman youtube rasmi SM Entertainment di sini.

Teaser A

Teaser B

Sumber: seoulbeats.com

KBS Music Bank (24 Disember 2010): IU juara and Christmas Special

 
 
IU telah dinobatkan sebagai juara K-Chart pada minggu ini dengan lagu Good Day. Kemenangan ini adalah satu-satunya di menangi oleh artis solo dalam jangkamasa terdekat ini. Sebelum ini, gelaran juara seringkali dibolot oleh “idol group” dan minggu lepas juga juara ialah kumpulan SISTAR.
Pada edisi kali ini juga di kenali sebagai edisi khas Krismas. Ramai artis-artis yang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu-lagu berkonsepkan perayaan tersebut.
Berikut adalah senarai artis yang membuat persembahan.

Special Stage
4minute - Jingle Bell Rock
Rainbow - White (Christmas Special)
Sistar - How Dare You
T-ara - YaYaYa
Seo In Young - Into the Rhythm
Lyn - A Blizzard of Love & We Wish You a Merry Christmas
Younha - Take Care of My Boyfriend & All I Want For Christmas is You
Yurisangja - Snowy Night
Jang Yoon Jung - White
Norazo - Curry

Comeback Stage
Can - 'ㄱ'

Today’s Music Bank
Ab Avenue - Winter of Lovers + Sad Story..Girls Know (Playing Girls)
VNT - Sound (YeYeYe)
JJ - Ppang
Chun G - Stay
Suki - My Heart Won’t Let Me
Drama (Dalmatian) & YoSeob (BEAST) - First Snow And First Kiss
Yurisangja - Break Up
Orange Caramel - A-ing♡
Doo Joon & Dong Woon (BEAST) - When the Doors Close
IU - Good Day


IU jauh meninggalkan pencabarnya


4 minute menyampaikan lagu Jingle Bell Rock

 IU mempersembahkan Good Day
 
Sumber: soompi

Saturday, December 25, 2010

KBS Music Bank (17 Disember 2010): SNSD juara keseluruhan K-Chart 2010


Girls’ Generation (SNSD) telah berjaya menjadi juara keseluruhan Music Bank K-Chart untuk tahun 2010 menerusi lagu Hoot dengan megenepikan 2AM di tempat kedua. Kemenangan ini telah seakan dijangka kerana SNSD mempunyai 3 buah lagu yang mengungguli K-Chart sepanjang 2010 iaitu Oh!, Run Devil Run dan yang terkini Hoot.

Edisi Music Bank kali ini ialah edisi istimewa akhir tahun di mana banyak artis-artis K-Pop membuat kemunculan istimewa di atas pentas. Minggu depan, Music Bank akan kembali degan edisi khas ‘Christmas Eve’ yang pastinya memjanjikan lebih banyk persembahan istimewa dari artis-artis K-pop kesayangan anda. Walaubagaimanapun, peminat-peminat SNSD pasti sedikit kecewa kerana SNSD tidak dapat menjayakan edisi khas tersebuat kerana akan berada di Jepun dalam rangka promosi mereka.

Berikut adalah kedudukan carta K-Chart bagi tahun 2010:

1. SNSD – Oh!
2. 2AM - I Can't Let You Go Even If I Die
3. KARA – Lupin
4. SNSD – Hoot
5. miss A - Bad Girl Good Girl
6. SNSD - Run Devil Run
7. CN Blue - Loner
8. IU + Seulong  - Nagging
9. Lee Seung Chul - That Person
10. T-ara - BO Peep
11. T-ara - I Go Crazy
12. Homme, Changmin & Lee Hyun - I Was Able To Eat Well
13. Hot Potato – Confession
14. 2NE1 - Go Away
15. Rain - Love Song
16. Wonder Girls - 2 Different Tears
17. Shinee – Lucifer
18. Hyori - Chitty Chitty Bang Bang
19. Davichi - Time Please Stop
20. CN BLUE – Love


Oh! menewaskan 2AM di tempat kedua

 SNSD mempersembahkan Oh!


Sumber: soompi, allkpop

Wednesday, December 15, 2010

KBS Music Bank (10 Disember 2010): Kemenangan pertama KARA selepas “comeback”


KARA telah berjaya merangkul kedudukan teratas carta K-Chart Music Bank pada 10 November yang lepas. Ini adalah kemenangan kali pertama KARA setelah membuat kemunculan semula setelah aktif menjayakan promosi di Jepun sebelum ini. KARA yang popular dengan lagu Jumping berjaya mengenepikan Brown Eyed Girls di tempat kedua.

Antara artis-artis yang turut membuat persembahan termasuklah T-ara, After School, IU dan SISTAR


KARA menang dengan jurang mata yang agak kecil 

Interviu and sesi membaca soalan dari penonton


T-ara dengan aksi tarian robot ala red indian


After School kembali dengan mempromosikan single terbaru mereka, Someone is You

SISTAR dengan aksi tarian seksi yang agak keterlaluan


KARA dengan persembahan yang mantap

Pasangan MC yang menawan, Hyun-woo dan Min-ji

Sumber: allkpop, soompi

Monday, December 13, 2010

25th Golden Disk Award: SNSD dan 2AM menang “Daesang”



Girls’ Generation (SNSD) dan 2AM merupakan pemenang terunggul pada 25th Golden Disk Award yang telah belangsung pada Khamis, 9 Disember lepas. Golden Disk Award merupakan anugerah teunggul industri muzik Korea yang di anjurkan setiap tahun oleh Persatuan Industri Muzik Korea. Anugerah ini seumpama anugerah “Grammy Award” bagi industri muzik Korea.

SNSD merangkul anugerah terbesar pada malam tersebut dengan memenangi Golden Disk Daesang, iaitu anugerah yang diberikan kepada album terbaik sepanjang tahun menerusi album kedua mereka, Oh!. Ini merupakan sejarah buat SNSD juga industri muzik Korea kerana sepanjang 25 tahun Golden Disk Award dianjurkan, inilah kali pertama augerah terunggul ini dimenangi oleh kumpulan wanita.

2AM pula merangkul anugeran Digital Release Daesang, iaitu anugerah terunggul buat album/lagu yang dipasarkan secara online. Ini merupakan anugerah terunggul yang dimenangi oleh 2AM yang amat popular tahun ini menerusi lagu Can’t Let You Go Even If I Die.

Antara artis-artis yang memenangi anugerah termasuklah Super Junior dengan Anugerah Populariti Asia, Beast dan Secret yang memenangi Anugerah Pendatang Baru  dan juga kumpulan boyband SHINee yang merangkul Anugerah Populariti.

Berikut adalah keputusan penuh para pemenang:

2010 Golden Disc Award Daesang (Grand Prize)
SNSD - "Oh!"

Disk Bonsang (Records of the Year)
DJ DOC - Im This Type Of Person
SHINee - Lucifer
Super Junior - Bonamana
SNSD - Oh
BoA - Hurricane Venus

2010 Samsung Yepp Digital Music Daesang (Grans Prize in Digital Releasing)
2AM - Can’t Let You Go Even If I Die

Digital Music Bonsang (Records of the Year in Digital Releasing)
miss A - Good Girl, Bad Girl
IU ft. Seulong - Nagging
Lee Seung Gi - Love Taught Me How to Drink
CN BLUE - Im a loner
2AM - Can’t Let You Go Even If I Die

Hip-hop Award
Supreme Team

Rock Award
F.T. Island

Rookie Award
BEAST
Secret
SISTAR

Popularity Award
SHINee
SNSD

Asian Popularity Award
Super Junior

Producer Award
Hong Seung Sung (Cube Entertainment)

Lifetime Achievement Award
Park Chun Seok


Sumber: soompi, allkpop, seoulbeats, wikipedia

Saturday, December 11, 2010

Jay Park showcase dan fanmeet “live” di KL


Pada Sabtu lepas, Abg Bob berpeluang menyaksikan showcase dan sesi bertemu peminat Jay Park yang telah di adakan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama Jay Park datang ke Malaysia dan fanmeet ini telah dianjurkan oleh Absolutely Pop.

Jay telah menyampaikan lagu yang telah membuatkannya popular, iaitu Noting on You versi Korea. Di samping itu, Jay turut mendendangkan beberapa buah lagu yang lain antaranya, Demon, Doin Good dan Speechless. Jay juga bersama AOM crew (Art of Movement) telah mempersembahkan gerak tarian b-boy atau “breakdance” yang amat bertenaga dan menarik sekali. Jay juga sempat menyelitkan sesi interaksi bersama peminat-peminatnya yang bertuah di atas pentas selama 20 minit.

Setelah membuat persebhan semala kurang lebih 90 minit, Jay meluangkan masa kira-kira 20minit melayani jemputan media untuk bertanyakan apa jua soalan tentang dirinya.

Ulasan Abg Bob:

Boleh di katakana showcase ini berjaya menonjolkan diri Jay Park sebagai artis solo yang unik. Oleh kerana konsep yang di bawakan lebih menjurus kepada irama hip-hop dan b-boy, Jay nampaknya tidak lagi di bayangi oleh imej 2PM. Agak pelik jua apabila seorang artis K-Pop yang terkenal akan tetapi apabila menyaksikan persembahannya selepas lagu pertama, Jay lebih nampak seperti seorang artis antarabangsa kerana semua lagunya dalam bahasa Inggeris. Ini juga mugkin kerana ahli-ahli AOM crew yang berbilang bangsa membuatkan Abg Bob lupa yang sebenarnya Jay “berasal” dari Korea.

Apa-apa pun, satu persembahan yang amat mantap dari Jay dan Abg Bob percaya para peminatnya amat berpuas hati dengan apa yang telah disajikan. Cuma, terdapat sedikit sebanyak kelemahan yang Abg Bob percaya akibat kurangkan pengalaman menganjurkan acara sebegini dari pihak penganjur yang agak mencacatkan perjalanan majlis. Di harapkan pihak penganjur dapat membetulkan kelemahan mereka dan seterusnya dapat membawa masuk lebih banyak artis-artis Korea datang ke sini.

Nikmati gambar-gambar yang diambil semasa showcase tersebut: 























Sunday, December 5, 2010

KBS Music Bank (19 November 2010): Lima kali berturut-turut untuk SNSD

Girls’ Generation (SNSD) telah berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi Carta K-Chart buat kali kelima berturut-turut menerusi Hoot. Ini adalah pencapaian terbaik mereka tahun ini menerusi rancangan KBS Music Bank. Kali terakhir mereka menjuarai K-Chart lebih dari lima kali ialah pada tahun lepas, 2009 di mana mereka mengungguli puncak carta untuk sembilan minggu ketika Gee menjadi kegillan ramai di Korea.

Walau demikian, SNSD tidak dapat menerima kemenangan tesebut di atas pentas kerana mereka telah pun menamatkan promosi Hoot sejak minggu lepas dan sekarang ini berada di Jepun untuk meneruskan promosi mereka dengan mengeluarkan mini-album ketiga di san

Antara artis-artis yang turut membuat persembahan minggu ini ialah SISTAR, T-ara, Untouchable, Orange Caramel, B2ST, T-ara dan KARA. Setelah membuat kemunculan pertama pada pentas SBS Inkigayo pada minngu lepas, band projek SM Ballad membuat kemunculan sulung di pentas Music Bank ini.

Saksikan sceenshot persembahan mereka seperti berikut

 

SNSD mengatasi Baek Ji Young di tempat kedua

Pasangan MC baru, Min Ji dan Hyun Woo

 

KARA muncul dengan Jumping

T-ara dengan image Red indian girls?

B2ST yang tidak menghampakan

 Orange Caramel masih lagi cute dengan gaya mereka

 

Kredit: allkpop, soompi