Pages

Showing posts with label Rain. Show all posts
Showing posts with label Rain. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Pasal payung dapat jumpa Rain?



Anda semua mungkin tertanya-tanya mengapakah ada gambar seorang gadis dengan payungnya yang agak unik degan hiasan gambar Rain berada di laman blog ini.

Akan tetapi tahukah anda dengan menggunakan payaung tersebut anda mungkin dapat bertemu dan beramah mesra dengan lebih dekat bersama superstar Kpop, Rain?
Sebenarnya itulah yang terjadi kepada seorang gadis, Swee Wei yang merepakan salah seorang peminat fanatik Rain yang amat bertuah apabila bakal betemu dengan idolanya apabila Rain berada di Malaysia hujung minggu ini untuk mengadakan konsert sempena dengan perlumbaan Formula 1 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 10 April ini.

Payung tersebut merupakan penyertaannya dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh majalah "lifestlye" KLue yang telah dianjurkan menerusi laman facebook mereka beberapa hari yang lepas.

Penyertaan Cik Swee mendapat undian tertinggi menewaskan 3 penyertaan yang lain apabila menjadi pilihan  pelanggan "fan page" facbook KLue.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kemenangan itu juga adalah hasil dari sokongan rakan-rakannya yang ramai, malahan undian "anonymous" dari pelayar-pelayar ruangan "kopitiam" dari laman forum paling popular di Malaysia, lowyat.net

Apa-apa pun tahniah Abg Bob ucapkan kepada Cik Swee telah berjaya memenuhi impiannya untuk bertemu dengan idolanya, Rain.

p/s: Harap-harap peraduan sebegini akan diadakan lagi apabila Girls' Generation datang melawat Kuala Lumpur, tak sabar Abg Bob nak bertemu mereka

Tuesday, March 15, 2011

Kim Taewoo muncul dengan "Brothers & Me" feat Rain dan JYP



Seperti yang telah di laporkan dalam gilakpop sebelum ini, hari ini Kim Taewoo telah mengeluarkan MV terbarunya, Brothers & Me.

Apa yang menariknya, lagu Brothers & Me ini adalah gandingan bersama Kim Taewoo dengan JYP dan juga Rain.

Apa yang menariknya, walaupun mereka bertiga tidak lagi bernaung di bawah JYP Entertainment tetapi mampu berganding bersama yang menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.

Saksikan MV seperti di bawah yang sarat dengan aksi-aksi "bromance".



Sumber: allkpop