Pages

Tuesday, April 26, 2011

KBS Music Bank (23 April 2011): Episod istimewa ke-600 & f(x) comeback


Minggu ini merupakan episod yang ke-600 Music Bank bersiaran semenjak episod pertamanya pada 18 Jun, 1998.

Oleh kerana episod istimewa ini, kedudukan dan juga juara mingguan K-Chart tidak diumumkan.

Minggu ini, dua buah kumpulan baru, A Pink dan X-5 membuat kemunculan pertama mereka di atas pentas Music Bank.
Akan tetapi, yang paling dinantikan ialah "comeback" dari kumpulan f(x), yang muncul kembali setelah hampir setahun tidak aktif mempromosikan lagu mereka.

f(x) muncul dengan mendendangkan 2 buat lagu dari album terbaru mereka, Pinocchio (Danger) dan Gangsta Boy.

f(x) dengan lagu Gangsta Boy

f(x) mendendangkan Pinocchio (Danger)

Selain itu, terdapat 7 persembahan istimewa dari TVXQ, CNBLUE, Rainbow, 4minute, Kim Tae Woo, Danny Ahn, Son Ho Young, Wheesung dan INFINITE semperna dengan edisi istimewa ini.

4minute tribute dengan menyanyikan No.1, nyanyian asal BoA

g.o.d pertama kali bersama sejak 2006

Sumber: allkpop

Video muzik Girls' Generation, Mr. Taxi (versi tarian) telah dikeluarkan



Hari ini, Girls' Generation telah mengeluarkan MV terbaru mereka, Mr Taxi versi tarian di channel youtube Universal Music Japan.

Single terbaru mereka ini bakal mula dijual pada hari esok, 27 April 2011.

Saksikan MV yang hangat meletup itu seperti di bawah ini.



Sumber: Universal Music Japan youtube

Monday, April 18, 2011

Selamat Hari Lahir, Jessica!


Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi terkemuka dan juga salah seorang anggota kumpulan terhangat masa kini, Girls' Generation (SNSD) yang ke 22. (23 tahun menurut kiraan kalendar Korea).

Jessica Jung merupakan anggota kedua tertua selepas Taeyeon dan juga merupakan penyanyi utama bagi Girls' Generation bersama-sama Taeyeon.
Jessica terkenal dengan personaliti yang agak dingin dan menyebabkan dia digelar "Ice Princess". 

Jessica digemari ramai peminatnya bukan sahaja kerana faktor ini, tetapi dia juga mempunyai suara yang amat merdu dan agak unik berbanding anggota lain Girls' Generation.

Abg Bob ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Jessica juga. Semoga Jessica dan juga Girls' Generation akan terus sukses dan disayangi peminat sentiasa.

Di bawah ini Abg Bob sertakan profil dan juga gambar-gambar terkini Jessica. Enjoy! 

Nama Pentas : Jessica (제시카)
Nama Penuh : Jessica Jung Sooyeon (제시카 정)
Nama Korea : Jung Sooyeon (정수연)
Kedudukan dalam kumpulan : Vokal Utama
Nama Gelaran : Ice Princess, Sica, Sicachu, Ajumma, Sexsica, General
Motto : Follow my heart
Bahasa : Korean (Fasih), English (Fasih), Chinese (Asas), Japanese (Asas)
DOB : April 18, 1989
Tinggi : 163cm
Jenis Darah : B
Saudara: Adik perempuan Krystal Jung (Kumpulan f(x))
Sekolah : Korea Kent Foreign School
Casted : 2000 SM Casting System
Tempoh Latihan : 7 tahun dan 6 bulan





Girls' Generation sekarang ini tengah sibuk membuat persediaan untuk muncul di Jepun degan single terbaru mereka, Mr. Taxi pada 27 April ini. Diharapakan semua peminat Jessica dan Girls' Generation akan menyokong mereka dengan mendapatkan CD yang original.

Saturday, April 16, 2011

KBS Music Bank (15 April 2011): Tiga kali berturut-turut buat CNBLUE


CNBLUE membuktikan bahawa mereka merupakan band yang terhangat di Korea waktu ini apabila merangkul kedudukan teratas carta K-Chart music Bank buat minggu ketiga berturut-turut.

Kemenangan ini merupakan yang kedua minggu ini setelah semalam, mereka juga menjadu juara tiga kali berturut-turut pada MNet M!Countdown.

Sekali lagi CNBLUE bersaing dengan K.Will untuk menjadi juara akan tetapi CNBLUE masih lagi unggul seperti minggu yang lepas.

K.Will sekali lagi terpaksa berpuas hati di tangga kedua

Minggu ini juga menyaksikan kemunculan semula Dal Shabet, Lee Hyun, dan NS Yoon Ji.

Selain itu, artis-artis baru yang membuat penampilan sulung termasuklah Handsome People, Block B dan Kim Greem.

Mampukah CNBLUE menjadi artis pertama yang menjuarai carta K-Chart 4 minngu berturut-turut tahun ini? Sama-samalah kita tunggu minggu hadapan.

Sumber: allkpop 


Sunday, April 10, 2011

Girls' Generation kembali dengan video muzik "Run Devil Run"



Girls' Generation (SNSD) semalam telah mengeluarkan video muzik terbaru mereka, Run  Devil Run.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapakan video muzik ini dikeluarkan semula.

Sebenarnya video muzik ini adalah untuk pasaran Jepun dan lagunya juga dalam bahasa Jepun. 

Video muzik ini akan disertakan sekali bersama-sama single "Mr. Taxi" yang dijangka berada dipasaran pada 27 April ini.

Saksikan video muzik seperti di bawah.



(Kredit buat soshisub team yang pantas dengan video berterjemahan)

Sumber: soshified

KBS Music Bank (8 April 2011): 2 Kali berturut-turut untik CNBLUE




CNBLUE sekali lagi membuktikan populariti lagu baru mereka, Intuition apabila sekali lagi merangkul juara carta K-Chart Music Bank pada minggu ini.

Kemenangan ini merupakan kali kedua berturut-turut setelah mereka memenanginya pada minggu lepas.

Kali ini mereka mengenepikan cabaran dari K.Will, yang merupakan juara carta MNet M!Countdown pada minggu lepas.

Minggu ini, 2 kumpulan wanita baru membuat kemunculan di atas pentas iaitu RAINA dan Brave Girl.

Minggu ini juga menyaksikan kemunculan semula Tony An (bekas anggota kumpulan H.O.T), Brian Joo, Rainbow dan 4Minute.


Kali ini menewaskan K.Will di tempat kedua

Tahniah sekali lagi buat CNBLUE!

Sumber: soompi, allkpop

Thursday, April 7, 2011

Pasal payung dapat jumpa Rain?



Anda semua mungkin tertanya-tanya mengapakah ada gambar seorang gadis dengan payungnya yang agak unik degan hiasan gambar Rain berada di laman blog ini.

Akan tetapi tahukah anda dengan menggunakan payaung tersebut anda mungkin dapat bertemu dan beramah mesra dengan lebih dekat bersama superstar Kpop, Rain?
Sebenarnya itulah yang terjadi kepada seorang gadis, Swee Wei yang merepakan salah seorang peminat fanatik Rain yang amat bertuah apabila bakal betemu dengan idolanya apabila Rain berada di Malaysia hujung minggu ini untuk mengadakan konsert sempena dengan perlumbaan Formula 1 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 10 April ini.

Payung tersebut merupakan penyertaannya dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh majalah "lifestlye" KLue yang telah dianjurkan menerusi laman facebook mereka beberapa hari yang lepas.

Penyertaan Cik Swee mendapat undian tertinggi menewaskan 3 penyertaan yang lain apabila menjadi pilihan  pelanggan "fan page" facbook KLue.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kemenangan itu juga adalah hasil dari sokongan rakan-rakannya yang ramai, malahan undian "anonymous" dari pelayar-pelayar ruangan "kopitiam" dari laman forum paling popular di Malaysia, lowyat.net

Apa-apa pun tahniah Abg Bob ucapkan kepada Cik Swee telah berjaya memenuhi impiannya untuk bertemu dengan idolanya, Rain.

p/s: Harap-harap peraduan sebegini akan diadakan lagi apabila Girls' Generation datang melawat Kuala Lumpur, tak sabar Abg Bob nak bertemu mereka

Tuesday, April 5, 2011

Big Bang dan 2NE1 tak jadi datang Malaysia?


Menurut salah satu blog K-Pop terkemuka, Daily Kpop News boyband idol terhangat ketika ini Big Bang dan juga 2NE1 tidak jadi untuk datang ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Mereka juga mendedahkan screen capture email yang kononnya datang dari seseorang dari YG Entertainment, syarikat yang menguruskan karier Bing Bang dan juga 2NE1.

Apa-apa pun Abg Bob berharap yang ini cumalah gosip yang tidak berasas dan amat mengharapkan agar Big Bang datang ke sini secepat mungkin kerana banyak peminat-peminat mereka yang sudah tidak sabar untuk bertemu degna artis pujaan mereka, lebih-lebih lagi semenjak mereka muncul degan mini-album terbaru.

Sumber: dkpopnews

Monday, April 4, 2011

KBS Music Bank (1 April 2011): Kemenangan pertama buat CNBLUE tahun ini


Pada 1 April yang lepas, CNBLUE buat pertama kalinya pada tahun ini telah mengungguli kedudukan teratas carta Music Bank K-Chart.

CNBLUE menerusi lagu terbaru mereka, Intuition menewaskan DBSK di tempat kedua dengan jurang perbezaan mata yang tipis.

Edisi Music Bank kali ini juga menyaksikan banyak artis kembali dengan lagu terbaru mereka. Antaranya Orange Caramel, Kim Taewoo dan U-KISS.

Tahniah diucapkan buat CNBLUE

Jungshin terkejut dengan kemenangan

Sumber: allkpop