Showing posts with label Yuri. Show all posts
Showing posts with label Yuri. Show all posts
Monday, May 27, 2013
Yuri menang anugerah di 49th Baeksang Art Awards
Yuri, salah seorang anggota kumpulan popular Girls' Generation baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon TV popular wanita menerusi wataknya, Choi Anna dalam drama popular Fashion King yang di siarkan oleh rangkaian SBS.
Anugerah ini yang dimenangi di 49th Baeksang Art Awards merupakan anugerah yang pertama dimenangi beliau menerusi bidang lakonan.
Tahniah Abg Bob ucapkan kepada Yuri. Semoga dia akan berjaya selalu dalam bidang lakonan mahupun nyanyian bersama-sama Girls' Generation.
p/s: Kepada peminat-peminat Girls' Generation, saksikan drama terkini lakonan Sooyoung, Dating Agency: Cyrano
Wednesday, January 2, 2013
Girls' Generation kembali dengan lagu terbaru: I Got a Boy
Semalam, pada hari pertama tahun baru 2013 SM Town telah mengluarkan video muzik terbaru dari Girls' Generation, I Got a Boy.
Penilaian ringkas Abg Bob;
Muzik: 2/5. Intro macam lagu SHINee. Sekali dengar macam mash-up 5 lagu dalam satu
Tarian: 5/5. Girls' Generation memang kumpulan idol yang mempunyai koreografi terbaik!
Video Muzik: 4/5. Too colorful tapi macam takde jalan cerita sempurna.
Apa-apa pun, buat SONEs dan peminat Girls' Generation, enjoy!
p/s: Abg Bob memang tak suka gila dengan short pants yang Tiffany pakai. Nampak hodoh amat!
Penilaian ringkas Abg Bob;
Muzik: 2/5. Intro macam lagu SHINee. Sekali dengar macam mash-up 5 lagu dalam satu
Tarian: 5/5. Girls' Generation memang kumpulan idol yang mempunyai koreografi terbaik!
Video Muzik: 4/5. Too colorful tapi macam takde jalan cerita sempurna.
Apa-apa pun, buat SONEs dan peminat Girls' Generation, enjoy!
p/s: Abg Bob memang tak suka gila dengan short pants yang Tiffany pakai. Nampak hodoh amat!
Saturday, March 24, 2012
Girls' Generation menggamatkan suasana konsert Twin Towers @Live 2012
Dengan kehadiran kira-kira 50 000 orang peminat setia, memang layaklah sensasi pop Korea Selatan, Girls' Generation bergelar supergroup Asia No.1!
Seperti yang dilaporkan gilakpop.com sebelum ini, semalam Girls' Generation menjadi artis pertama yang membuat persembahan pada konsert Twin Towers @Live 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa F1 Sepang pada hujung minggu ini.
Konsert yang diadakan di kaki bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas turut menampilkan artis terkenal seperti Nicole Scherzinger namun berdasarkan sambutan hangat dari para peminat, Girls' Generation merupakan tarikan utama konsert tersebut.
Monday, December 5, 2011
Selamat Hari Lahir ke-22, Kwon Yuri
Hari ini merupakan hari yang amat istimewa buat para peminat kumpulan Girls' Generation (SNSD) kerana 22 tahun yang lepas, lahir seorang insan yang dikenali sebagai Kwon Yuri.
Kwon Yuri merupakan ahli Girls' Generation yang termuda lahir pada tahun 1989 dan secara kebetulan, menyambut hari lahir paling terakhir dikalangan anggota-anggota Girls' Generation yang lain.
Merupakan salah seorang penari utama dalam Girls' Generation, bakat Yuri bukan sahaja terhenti di situ, malahan Yuri juga berbakat dalam bidang peragaan, pengacaraan (terpilih menjadi MC untuk MBC Music Core buat kali kedua bersama Tiffany) malahan juga dalam bidang lakonan.
Di kenali sebagai ahli yang paling aktif dan "gila-gila" Yuri menjadi kesayangan peminatnya disebabkan tingkah lakunya yang selamba itu.
Labels:
Girls' Generation,
SNSD,
Yuri
Thursday, September 29, 2011
Teaser terkini dari Seohyun, Yoona dan Yuri
Hari ini, tiba giliran Girls' Generation triplets Seohyun, Yoona dan Yuri pula tampil dengan teaser konsep shot untuk album terbaru mereka.
Bagi Abg Bob, tekaan netizens bahawa konsep album Girls' Generation berdasarkan karakter fairy tale agak tersasar kerana semuanya masih samar-samar belaka.
Apa-apapun just enjoy gambar-gambar tersebut seperti di bawah.
Sumber: soshified
Subscribe to:
Posts (Atom)





