Pages

Wednesday, December 28, 2011

IU pernah digelar "babi" ?


Penyanyi popular Korea Selatan, IU mendedahkan bahawa dia pernah dipanggil dengan panggilan "babi" oleh sekumpulan peminat remaja perempuan.

IU menceritakan menerusi rancangan SBS Strong Heart, mendedahkan kejadian ini berlaku ketika pentas debut nya pada 18 September 2008.

Menurut IU, pada hari kejadian, banyak peminat-peminat remaja perempuan sebuah kumpulan boyband yang popular, menunggu kemunculan kumpulan kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

Apabila tiba giliran IU untuk beraksi di atas pentas, peminat-peminat ini bukan sahaja tidak bersorak dan memberikan sokongan, malahan bertindak melampau dengan melemparkan kata-kata nista yang kurang sopan terhadap IU.


Menurut IU, kejadian tersebut membuka matanya namun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha dalam industri hiburan.

Hasilnya hari ini IU merupakan antara artis yang amat popular di Korea Selatan, mempunyai ramai peminat dari segenap lapisan masyarakat dan jualan album dan lagu-lagunya setanding dengan nama-nama besar seperti Leessang, Girls' Generation, T-ara dan 2NE1.

Saksikan pentas debut IU seperti klip di bawah ini:




Peminat-peminat remaja yang berkelakuan kurang sopan bukanlah perkara baru dalam industri hiburan Korea Selatan, malahan sudah dianggap agak biasa terutamanya peminat-peminat kumpulan boyband yang rata-ratanya terdiri dari golongan remaja perempuan.

Setelah Abg Bob selidiki, antara boyband yang aktif mempromosi ketika IU membuat kemunculan sulungnya ialah kumpulan popular, Big Bang yang sedang mempromosi lagu mereka, Day by Day dan juga kumpulan SHINee yang mempromosi lagu Love Like Oxygen. Sila rujuk pautan ini; Link

Oleh itu, faham-fahamlah siapa yang sebenarnya bermulut cabul mencerca IU dengan kata-kata nista tersebut....

Harapnya, perkara ini menjadi sempadan dan tidak diulangi oleh peminat-peminat yang mempunyai harga diri yang tinggi dan menyanjungi hasil kerja keras atis-artis kesayangan mereka.

Sumber: allkpop

1 comment:

  1. Secabul mana pu mulut diaorag, lama-lama akan tertutup gak..degan bakat besar yang IU ada..haha..peminat IU bersuara..^^

    ReplyDelete