Pages

Friday, September 30, 2011

Kulit album "The Boys" dan senarai lagu telah di keluarkan




Hari in Girls' Generation telah mengeluarkan kulit album terbaru mereka, The Boys untuk tatapan umum di internet.

Selain dua kulit album, senarai lagu untuk album ini juga telah didedahkan.


Berikut adalah senarai lagu tersebut:

01. THE BOYS
02. 텔레파시(TELEPATHY)
03. SAY YES
04. TRICK
05. 봄날(HOW GREAT IS YOUR LOVE)
06. MY J
07. OSCAR
08. TOP SECRET
09. LAZY GIRL
10. 제자리걸음(SUNFLOWER)
11. 비타민(VITAMIN)
12. MR.TAXI(KOREAN VER.)

Album keempat Girls' Generation, The Boys bakal berada di pasaran pada 5hb Oktober ini.

Thursday, September 29, 2011

Teaser terkini dari Seohyun, Yoona dan Yuri



Hari ini, tiba giliran Girls' Generation triplets Seohyun, Yoona dan Yuri pula tampil dengan teaser konsep shot untuk album terbaru mereka.

Bagi Abg Bob, tekaan netizens bahawa konsep album Girls' Generation berdasarkan karakter fairy tale agak tersasar kerana semuanya masih samar-samar belaka.

Apa-apapun just enjoy gambar-gambar tersebut seperti di bawah.





Sumber: soshified




Wednesday, September 28, 2011

Lagi teaser dari Girls' Generation



Hari ini, SM Entertainment mengeluarkan lagi beberapa foto teaser bagi kemunculan semula album terbaru Girls' Generation.

Kali ini giliran Sooyoung, Tiffany and Jessica menampilkan imej yang agak unik dan kontras berbanding imej-imej sebelum ini.

Jurucakap SM Entertainment juga mengesahkan kemunculan pertama Girls' Generation adalah pada 7 Oktober menerusi rancangan muzik paling popular, KBS Music Bank.

Saksikan foto-foto teaser terserbut seperti di bawah.





Sumber: soshified

Tuesday, September 27, 2011

Girls' Generation bakal muncul dengan album terbaru pada 5 Oktober



Girls' Generation (SNSD) bakal muncul dengan album terbaru mereka pada 5 Oktober depan, demikian menurut agensi mereka SM Entertainment.

Buat masa ini, masih tidak dapat dipastikan samada ia merupakan album penuh ataupun album mini.

Tapi yang pasti, lagu utama dalam album tersebut ditulis oleh produser Amerika yang terkenal, Teddy Riley yang pernah menghasilkan lagu untuk legenda pop terkenal, arwah Michael Jackson.

Lagu tersebut, The Boys bakal dihasilkan dalam dua bahasa sekaligus, Korea dan juga Bahasa Inggeris.

Malah video muzik mereka juga akan mucul dengan dua versi berbeza mengikut bahasa.

SM Entertainment juga memberitahu bahawa album terbaru ini akan dilancarkan serentak di seluruh dunia menerusi portal muzik online iTunes pada tarikh tersebut.

Selain itu juga, SM Entertainment telah mengeluarkan "album shot" untuk Taeyeon, Sunny and juga Hyoyeon.

Saksikan gambar-gambar tersebut di bawah ini.