Pages

Monday, February 28, 2011

G.NA berterima kasih kepada peminat di Malaysia dan Singapura



Baru-baru ini, artis solo yang meningkat naik G.NA telah merakamkan penghargaan terhadap peminat-peminat yang menyokongnya di Malaysia dan Singapura.

G.NA merakamkan penghargaan tersebut apabila mengungguli kedudukan teratas MNet M!Countdown yang telah berlangsung pada 24 Februari lepas.

Saksikan ucapan kemenangan G.NA pada klip video seperti di bawah. (1:54-1:58)


Sunday, February 20, 2011

KBS Music Bank (18 Februari) - Secret juara dan IU comeback


Secret telah berjaya menjadi juara K-Chart sekali lagi pada Music Bank semalam. Kejayaan ini adalah merupakan kali ketiga berturut-turut yang dinikmati oleh Secret.

Edisi kali ini juga menampilan ramai artis yang membuat kemunculan semula untuk mempromosikan album dan lagu mereka termasuklah Kahi (After School), Coin Jackson dan 5dolls.

IU juga muncul semula ke atas pentas setelah baru sahaja melancarkan mini album terbarunya pada awal minggu ini, "Real+".

Setelah DBSK, Secret merupakan artis kedua yang berjaya merangkul "Triple Crown" pada Music Bank K-Chart pada tahun 2011. Tahniah diucapkan kepada Secret.



 Sekali lagi menewaskan IU di posisi kedua

Sumber: allkpop

Wednesday, February 16, 2011

KBS Music Bank (11 February) - Secret juara buat pertama kali




Setelah tidak bersiaran pada minggu lepas bersempena cuti Tahun Baru Cina, Music Bank kembali bersiaran dengan lebih banyak persembahan yang bertenaga.

Minggu ini, tiba giliran Secret untuk pertama kali mereka menduduki tempat teratas dalam carta K-Chart sejak kemunculan mereka pada 2009 menerusi Shy Boy.

Lebih manis lagi, kemenangan ini merupakan kali kedua berturut-turt setelah mereka juga mengungguli K-Chart pada minggu lepas.

Mengalahkan IU di tempat kedua

p/s: Tahniah Abg Bob ucapkan pada quartet Secret. Ini menunjukkan peminat sentiasa mahukan sesuatu yang "segar" dari idol mereka.

Sumber: allkpop






Monday, February 7, 2011

MV terbaru dari DBSK - Keep Your Head Down versi B



Setelah mengeluarkan video muzik Why (Keep Your Head Down) versi tarian pada akhir bulan lepas, hari ini DBSK (Dong Bang Shin Ki) mengeluarkan pula versi "B" video muzik untuk lagu terhangat mereka menerusi laman rasmi youtube SM Entertainment.

Saksikan kedua-dua versi video muzik tersebut seperti di bawah.

Versi B

Versi A