Pages

Tuesday, March 29, 2011

"Heart to Heart", album terbaru dari 4minute



Pada hari semalam, 28 Mac 4minute telah kembali dengan mini-album terbaru, "Heart to Heart".

Mini-album ini mengandungi 5 buah lagu baru iaitu Heart to Heart, 4minutes Left, Sweet Sugar Honey!, You Know dan 모르는 척 (Pretend).

Senrentak dengan itu jugak, video muzik Heart to Heart juga telah di paparkan untuk tontonan di laman youtube rasmi 4minute.

Video muzik ini menampilkan Jungshin dari kumpulan CNBLUE.

Saksikan video muzik tersebut seperti di bawah.



Sumber: allkpop

Monday, March 28, 2011

KBS Music Bank (25 Mac 2011): DBSK kembali ungguli carta



Pada 25 Mac yang lepas, Dong Bang Shin Ki (DBSK) telah berjaya menjuarai carta K-Chart menerusi lagu terbaru mereka, Before you go

Kemenangan ini yang pertama setelah mereka kembali dengan album repackaged berada di pasaran beberapa hari yang lepas.

Minggu ini menyaksikan CNBLUE kembali dengan comback mereka dan kumpulan idol terbaru, CHI CHI muncul pertama kali di atas pentas Music Bank.

Antara artis-artis lain yang membuat persembahan termasuklah Song Ji Eun (feat. Bang Yong Guk), G.NA, M4, Kan Mi Yeon, Girl’s Day, J-Cera, Kim Bo Kyung, Navi, Lee Jung, Seong Jin Woo, Han Groo, Coin Jackson, Bella dan Lee Sun Jung Band.

K.Will hanya berpuas hati di tempat kedua

Before U Go yang mantap

Sumber: allkpop

Tuesday, March 22, 2011

CNBLUE kembali dengan album terbaru dan MV "Intuition"



Seperti yang gilakpop.com telah laporkan minggu lepas, hari ini 21 Mac 2011 CNBLUE kembali dengan album penuh terbaru mereka yang berjudul "First Step"

Album ini mengandungi 12 buah lagu yang telah ditulis sendiri oleh mereka.
Selain Intuition yang merupakan "killer song" bagi album ini, lagu-lagu yang telah dipasarkan di pasaran Jepun seperti One Time dan I Don't Know Why telah ditulis semula dalam bahasa Korea turut dimuatkan sekali dalam album ini.

Serentak dengan ini, MV untuk lagu Intuition juga telah di muatkan di laman web youtube.

Saksikan MV tersebut seperti di bawah.




Sumber: allkpop




Monday, March 21, 2011

KBS Music Bank (18 Mac 2011): "Triple Crown" buat Big Bang


Big Bang sekali lagi membuktikan mereka merupakan boyband Kpop terunggul apabila menjuarai carta K-Chart Music Bank pada minggu ini.

Kemenangan ini merupakan kali ketiga berturut-turut buat mereka yang tampil dengan lagu hip-pop elektronika, Tonight. Selain Music Bank, mereka juga telah menjuarai carta M!Countdown dan Inkigayo Mutizen Song.

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Big Bang

Lee Hyun tidak mampu mencabar Big Bang

Sumber: allkpop

Wednesday, March 16, 2011

DBSK kembali dengan MV "Before U Go"



Beberapa hari yang lepas, DBSK telah melancarkan video muzik untuk lagu terbaru mereka, Before U Go

Lagu ini merupakan lagu utama untuk album repackage mereka yang akan menemui peminat pada 16 Mac 2011.

Video muzik ini menampilkan sedikit kelainan dengan membawa jalan cerita seperti sebuah drama kepolisan.

Pelakon drama terkenal, Choi Jong Yoon dan Go Ara turut membintangi video muzik ini yang sarat dengan aksi-aksi menarik.

Saksikan video muzik ini seperti di bawah.



DBSK akan mucul di pentas Music Bank pada 18 Mac ini untuk mempersembahkan lagu ini.

Tuesday, March 15, 2011

Teaser MV dari CNBLUE



Sejak beberapa yang lepas, ramai artis Kpop membuat kemunculan semula dengan album atau single terbaru mereka. CNBLUE juga tidak terkecuali dalam hal ini.


CNBLUE yang popular dengan lagu I'm a Loner dan Love juga bakal mucul semula dengan album penuh terbaru mereka pada 21 Mac 2011 nanti.


Beberapa hari lepas, CNBLUE telah memaparkan teaser dari MV terbaru mereka, First Step menerusi channel Youtube rasmi mereka.


Saksikan kedua-dua teaser seperti di bawah.








Sumber: allkpop, cnblue youtube

Kim Taewoo muncul dengan "Brothers & Me" feat Rain dan JYP



Seperti yang telah di laporkan dalam gilakpop sebelum ini, hari ini Kim Taewoo telah mengeluarkan MV terbarunya, Brothers & Me.

Apa yang menariknya, lagu Brothers & Me ini adalah gandingan bersama Kim Taewoo dengan JYP dan juga Rain.

Apa yang menariknya, walaupun mereka bertiga tidak lagi bernaung di bawah JYP Entertainment tetapi mampu berganding bersama yang menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.

Saksikan MV seperti di bawah yang sarat dengan aksi-aksi "bromance".



Sumber: allkpop

KBS Music Bank (11 Mac 2011) - Big Bang menang lagi

Setelah bergelumang dengan kontroversi sejak kemunculan semula mereka, minggu ini Big Bang telah kembali ke pentas Music Bank.

Dengan membawakan lagu Tonight, Big Bang telah berjaya sekali lagi menjadi juara carta K-Chart buat minggu kedua berturut-turut.

Minggu ini menyaksikan banyak artis membuat persembahan termasuk MBLAQ, Hong Kyung Min, Jewelry, M4, 5dolls, TEEN TOP, Kan Mi Youn, Ye Ara, Dalmatian, Mighty Mouth, Sori, Kim Bo Kyung, J-Cera, Namolla Family’s Jaewook, Kan Jong Wook, dan No Gi Tae

K.Will baru kembali dengan alum terbarunya, membuat kemunculan semula dengan mendendangkan My Heart is Beating.

Song Ji Eun dari Secret juga membuat satu kelainan apabila muncul dengan video muzik untuk Going Crazy yang dirakamkan khas untuk Music Bank.

Jurang mata yang agak besar
 

Persembahan mantap dari Big Bang



MV terbaru dari Song Ji Eun


K.Will kembali dengan single terbarunya


Sumber: allkpop

Thursday, March 10, 2011

Kim Taewoo bakal muncul dengan "T-School"



Setelah sekian lama menyepi, penyanyi bersuara lantang dan lunak Kim Taewoo bakal kembali dengan album terbarunya, T-School tidak lama lagi.

Baru-baru ini teaser bagi lagu tersebut telah mula tersebar di laman video Youtube. Kali terakhir Taewoo muncul dengan album solonya T-Virus pada akhir 2009 di mana ketika ini dia cukup popular dengan lagu ballad Love Rain.

Apa yang menariknya, pada penghujung teaser tersebut JYP, Rain dan beberapa artis lain turut muncul. Mungkinkah mereka ini juga terlibat dalam pembikinan album ini?

Sama-sama kita nantikan kemunculan T-School pada 22 Mac nanti.



Sumber: allkpop

Monday, March 7, 2011

KBS Music Bank (4 Mac 2011) - Big Bang juara setelah kemunculan semula




Big Bang telah berjaya menjadi juara carta K-Chart Music Bank pada minggu ini setelah membuat kemunculan semula pada minggu lepas menerusi lagu terbaru mereka, Tonight.

Akan tetapi sayang sekali disebabkan perbalahan di antara YG Entertaiment dengan pihak pengurusan Music Bank menyebabkan Big Bang tidak membuat persembahan seterusnya menerima anugerah tersebut.

Diharapkan perbalahan ini akan segera selesai dan Big Bang kembali semula ke pentas Music Bank pada masa terdekat ini.

 Mighty Mouth terpaksa berpuas hati di tangga kedua

Berikut adalah senarai artis-artis yang membuat persembahan.
Comeback Stage
Song Ji Eun (Secret) - Going Crazy 
In Sooni - Uppercut 
Sori - Dancing Heart 
Hong Hyung Min - I Regret that I Shall Love 

Special Joint Stage
5Dolls ♡ T-ara Jiyeon & EunJung & Hyomin - Your Words 

Music Bank HOT Stage
Dong Bang Shin Ki - Maximum 
Kam Mi Youn - Paparazi 
IU - The Story Only I Didn’t Know 

Brand New SOUND
Lady Jane - Intimate 

Today Music Bank
Ham - Lower Your Sight
Ye-Ara - Drink~Americano
Park So Vin - Parting Taste
Piggy Dolls - Trend
Flower - You Are My Everything
Teen Top - Supa Luv REMIX
Dal Shabet - Supa Dupa Diva
Lee Jung - Why is the Love
Lee Hyun - You are the Best of My Life
Mighty Mouth (Feat. Soya) - Tok Tok
MBLAQ - Again
G.NA - Black & White

Sumber: soompi, allkpop


Saturday, March 5, 2011

KBS Music Bank (25 Februari) - Giliran G.NA menjadi juara




Pada edisi Music Bank yang lepas, G.NA buat pertama kali sejak bergelar artis telah menjuarai Music Bank K-Chart.

Kejayaan ini mengiringi kejayaanya sebelum ini yang telah menjadi juara carta M!Countdown beberapa hari sebelumnya.

G.NA yang jelas kelihatan tergamam apabila namanya diumumkan telah berjaya mengenepikan cabaran IU di tempat kedua.

Menewaskan IU di tempat kedua

Berikut adalah senarai artis-artis yang membuat persembahan kali ini.

Music Bank HOT Stage
Dong Bang Shin Ki - Maximum 
MBLAQ - Again 
Infinite - BTD (Dance Break MIX) 

Comeback Stage
Kim Hyun Jung - 1 Minute 1 Second 

HOT DEBUT Stage
Ye Ara - Drink~Americano 

Only Music Bank! Surprise Joint Stage
Secret & Infinite - Shy Boy 

Today’s Music Bank
Doz - Yay
J-Cera - Endless Love
Park Hye Kyung (Feat. San E) - Hello Honey
5Dolls - It’s You
Jewelry - Back It Up
Dalmatian - The Man Opposed
Kim Bo Kyung - Day by Day
Lee Hyun (8eight) - You Are The Best of My Life
Kan Mi Yeon - Paparazzi
Lee Jung - Let’s Dance
Navi - Well Done
Kahi (After School) - Come Back You Bad Person
IU - The Story Only I Didn’t Know
Mighty Mouth (ft. Soya) - Tok Tok
G.NA - Black & White

Dengan kemunculan semula Big Bang, mampukah G.NA mengekalkan kedudukannya minggu hadapan? Sama-samalah kita nantikan.

Sumber: soompi, allkpop