Pages

Showing posts with label showcase. Show all posts
Showing posts with label showcase. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Jay Park bakal kembali ke Malaysia



Universal Music Malaysia telah mengesahkan bahawa sensasi solo KPop, Jay Park bakal kembali ke Malaysia bulan hadapan.

Jay Park akan berada di Malaysia pada 12 hingga 15 Mei ini bagi mempromosikan album sulungnya, "New Breed"

Bagi para peminat Jay Park, Jaywalkers; anda berpeluang untuk memenangi jemputan untuk menonton showcase yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.

Caranya mudah sahaja, sertai peraduan yang diadakan pada Facebook Universal Music Malaysia seperti berikut http://www.facebook.com/pages/Universal-Music-Malaysia-Chinese/160137919794?sk=app_378072715546084 dan ikuti langkah-langkah yang tertera pada fanpage tersebut.

Selain dari tiket-tiket, anda juga berpeluang memenangi pas ekslusif sesi  autograph dan juga merchandise seperti poster.

Jadi tunggu apa lagi, sertailah segera jika anda benar-benar Jaywalkers!


Tuesday, April 5, 2011

Big Bang dan 2NE1 tak jadi datang Malaysia?


Menurut salah satu blog K-Pop terkemuka, Daily Kpop News boyband idol terhangat ketika ini Big Bang dan juga 2NE1 tidak jadi untuk datang ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Mereka juga mendedahkan screen capture email yang kononnya datang dari seseorang dari YG Entertainment, syarikat yang menguruskan karier Bing Bang dan juga 2NE1.

Apa-apa pun Abg Bob berharap yang ini cumalah gosip yang tidak berasas dan amat mengharapkan agar Big Bang datang ke sini secepat mungkin kerana banyak peminat-peminat mereka yang sudah tidak sabar untuk bertemu degna artis pujaan mereka, lebih-lebih lagi semenjak mereka muncul degan mini-album terbaru.

Sumber: dkpopnews

Saturday, December 11, 2010

Jay Park showcase dan fanmeet “live” di KL


Pada Sabtu lepas, Abg Bob berpeluang menyaksikan showcase dan sesi bertemu peminat Jay Park yang telah di adakan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama Jay Park datang ke Malaysia dan fanmeet ini telah dianjurkan oleh Absolutely Pop.

Jay telah menyampaikan lagu yang telah membuatkannya popular, iaitu Noting on You versi Korea. Di samping itu, Jay turut mendendangkan beberapa buah lagu yang lain antaranya, Demon, Doin Good dan Speechless. Jay juga bersama AOM crew (Art of Movement) telah mempersembahkan gerak tarian b-boy atau “breakdance” yang amat bertenaga dan menarik sekali. Jay juga sempat menyelitkan sesi interaksi bersama peminat-peminatnya yang bertuah di atas pentas selama 20 minit.

Setelah membuat persebhan semala kurang lebih 90 minit, Jay meluangkan masa kira-kira 20minit melayani jemputan media untuk bertanyakan apa jua soalan tentang dirinya.

Ulasan Abg Bob:

Boleh di katakana showcase ini berjaya menonjolkan diri Jay Park sebagai artis solo yang unik. Oleh kerana konsep yang di bawakan lebih menjurus kepada irama hip-hop dan b-boy, Jay nampaknya tidak lagi di bayangi oleh imej 2PM. Agak pelik jua apabila seorang artis K-Pop yang terkenal akan tetapi apabila menyaksikan persembahannya selepas lagu pertama, Jay lebih nampak seperti seorang artis antarabangsa kerana semua lagunya dalam bahasa Inggeris. Ini juga mugkin kerana ahli-ahli AOM crew yang berbilang bangsa membuatkan Abg Bob lupa yang sebenarnya Jay “berasal” dari Korea.

Apa-apa pun, satu persembahan yang amat mantap dari Jay dan Abg Bob percaya para peminatnya amat berpuas hati dengan apa yang telah disajikan. Cuma, terdapat sedikit sebanyak kelemahan yang Abg Bob percaya akibat kurangkan pengalaman menganjurkan acara sebegini dari pihak penganjur yang agak mencacatkan perjalanan majlis. Di harapkan pihak penganjur dapat membetulkan kelemahan mereka dan seterusnya dapat membawa masuk lebih banyak artis-artis Korea datang ke sini.

Nikmati gambar-gambar yang diambil semasa showcase tersebut: