Pages

Saturday, January 8, 2011

KBS Music Bank (7 Januari 2011) – IU juara dan DBSK comeback



Edisi Music Bank pada minggu ini sememangnya hangat dan meletup. 2 artis membuat kemunculan semula iaitu DBSK dan Secret selain debut bagi dua kumpulan baru iaitu Piggy Dolls dan Dal Shabet.

DBSK membuat kemunculan yang dinantikan ramai setelah 2 tahun menyepi. Mereka mempersembahkan 2 buah lagu, How Can I dan Why (Keep your head down). Secret juga tampil dengan single terbaru mereka, Shy boy.

Juara carta K-Chart minggu ini jatuh kepada IU. IU telah mengalahkan GD & TOP di tempat kedua dengan hanya perbezaan beberapa mata sahaja. Ini bermakna IU telah mengungguli carta K-Chart selama tiga minggu berturut-turut menerusi lagu hitnya Good Day.

Antara artis-artis lain yang membuat persembahan ialah Joo, INFINITE, F.CUZ, T-ara, Orange Caramel, Yurisangja, Sunny Side Chang dan SISTAR.

 Perbezaan mata yang agak tipis

 Keep your head down!

No comments:

Post a Comment