Pages

Sunday, November 28, 2010

SBS Inkigayo (28 November 2010) – Mutizen “Triple Crown” buat Hoot


Girls’ Generation (SNSD) membuktikan populariti mereka yang memuncak menerusi Hoot kini, dengan menggondol Mutizen Song Award selama 3 minggu pada rancangan SBS Inkigayo petang tadi. Kemenangan ini membolehkan mereka medapat “Triple Crown” Mutizen dan Hoot akan dikeluarkan dari pertandingan bermula pada minggu depan.

Walaupun kebanyakan artis K-Pop tiada di Seoul kerana menghadiri MAMA award 2010 yang di anjurkan oleh Mnet di Macau, ini tidak menghalang beberapa nama besar dari membuat kemunculan menerusi rancangan Inkigayo ini.

Antara nama-nama besar yang membuat persembahan ialah 2AM, Kara, B2ST(Beast), Psy, Orange Caramel dan F.CUZ. Pada rancangan ini juga, sebuah band projek dari SM Entertainment, SM Ballad membuat kemunculan pertama mereka di atas pentas. Mereka terdiri daripada Super Junior’s Kyu Hyun, SHINee’s Jonghyun, Trax’s Jay, dan Jino membuat persembahan menerusi lagu Miss You.

Saksikan screenshot dari persembahan mereka hari ini.


Barisan MC dengan pakaian yang amat glam

SM Ballad membuat persembahan julung kali

Orange Caramel dengan A~ing

SNSD dengan persembahan mereka yang terus mantap

Sumber: allkpop, soompi

Wednesday, November 24, 2010

MC baru KBS Music Bank

Seperti mana yang telah dilaporkan oleh gilakpop sebelum ini, Jumaat lepas pada 19 November merupakan kali terakhir pasangan Song Joongki dan Seo Hyorim mengacarakan rancangan Music Bank.

Tempat mereka akan digantikan oleh pasangan Kim Min Ji dan Hyun Woo. Kim Min Ji merupakan seorang aktres drama terkenal yang telah membintangi banyak drama popular. Hyun Woo juga merupakan aktor dan juga pernah membintangi beberapa drama popular.

Sumber: allkpop, dramabeans


Sunday, November 21, 2010

KBS Music Bank (19 November 2010): SNSD juara, Beast comeback dan MuBank MC farewell

Sekali lagi Girls’ Generation (SNSD) telah berjaya mengungguli carta Music Bank K-Chart. Kali ini SNSD mengenepikan cabaran Huh Gak di tempat kedua. Kemenangan ini adalah yang kali ketiga berturut-turut buat SNSD dengan single terkini mereka, Hoot.

Pada episod kali ini juga menyaksikan ramai artis yang membuat persembahan “comeback stage”. Antaranya ialah Beast, Buzz, F.CUZ, Yurisangja, Orange Caramel dan Star. Akan tetapi, persembahan Beast memang dinantikan kerana merka baru sahaja mengluarkan mini-album keempat mereka. Beast telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu, Lights go on again, I like you the best dan Beautiful.

Music Bank kali ini juga merupakan yang terakhir buat dua orang MC Music Bank, Seo Hyorim dan Song Joongki. Tempat mereka berdua akan digantikan oleh Hyun Woo dan Kim Min Ji. Kepada peminat mereka berdua, usah risau, mereka akan muncul semula pada minggu depan untuk “special stage”. Good luck and selamat berjaya kepada mereka berdua. Music Bank Daebak!


SNSD dengan formasi tanpa Tiffany

Beast membuat persembahan

Kemenangan buat SNSD mengatasi Huh Gak

Seohyun memberikan ucapan kemenangan

MC Hyorim tidak dapat menahan sebak

Pose penutup Music Bank terakhir buat gandingan Hyorim dan Joongki


 Sumber: allkpop, soompi

Wednesday, November 17, 2010

Tiffany SNSD terpaksa berehat selama sebulan


Salah seorang anggota Girls’ Generation (SNSD) Tiffany terpaksa berehat selama sebulan akibat kecederaan “posterior cruciate ligament”. Kecederaan ini dikhabarkan dialaminya setelah terjatuh ketika mebuat persembahan pada 14 November yang lepas.

Menurut jurucakap SM Entertaiment, kaki Tiffany terpaksa disimen dan akan dikeluarkan daripada rangka promosi mini-album Hoot sehingga dia benar-benar pulih. Nampaknya segala persembahan SNSD selepas ini hanya akan menampilkan 8 anggota tanpa kelibat Tiffany.

Kecederaan ini bukanlah yang pertama kali dialami oleh Tiffany, sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan kaki yang agak serupa pada tahun lepas. Di harapkan Tiffany akan segera sembuh and dapat kembali ke pentas bersama teman-teman SNSD yang lain.

Abg Bob: Mendoakan agar Tiffany segera sembuh. Hoot takkan serupa tanpa Tiffany

Sumber: soshified, smtownjjang, dkpopnews

Monday, November 15, 2010

Konsert Love Sharing: Kemunculan semula B2ST (Beast) di atas pentas

Pada 14 November SBS menyiarkan Konsert Love Sharing pada slot tayangan Inkigayo. Konsert ini telah di adakan di Stadium Olimpik Seoul, di anjurkan oleh NongShim bertujuan untuk mengumpulkan dana buat Pertubuhan Palang Merah Korea.

Terdapat ramai artis-artis popular Korea yang telah membuat persembahan pada konsert tersebut. Antaranya SNSD, 2PM, 2AM, miss A and VNT. Akan tetapi persembahan Beast (B2ST) adalah antara paling menyerlah pada malam tersebut. Setelah baru sahaja mengeluarkan mini-album keempat mereka pada 9 November lepas, pentas konsert ini adalah merupakan pentas pertama mereka untuk mempromosikan lagu-lagu terbaru secara “live”

Beast telah menyampaikan 2 buah lagu, Lights Go On Again dan Beautiful. Saksikan petikan gambar-gambar pada konsert tersebut.



Yonghwa, Yoona dan Jo Kwon sebagai pengacara

Soo-young dengan gaya rambut ponytail
  
Image “cute” Beast dalam lagu Beautiful 

Dengan image “putih suci” untuk lagu Lights Go On Again

Sumber: allkpop, gokpop

Saturday, November 13, 2010

KBS Music Bank (12 November 2010): SNSD’s Hoot juara K-Chart untuk minggu kedua berturut-turut

Hoot telah berjaya untuk mengungguli kedudukan teratas carta KBS Music Bank K-Chart pada minggu ini. Ini adalah kemenangan kali kedua berturut-turut buat SNSD untuk single Hoot mereka.

Pada minggu ini, mereka telah diberi saingan yang agak hebat dari band ballad di bawah seliaan JYP, 2AM. Walaupun begitu, SNSD berjaya mengatasi pencabar meraka dan sekali lagi memecahkan rekod dengan kutipan mata yang tertinggi setakat ini iaitu 20, 516 mata. 

 


Jo Kwon membuat semua tertawa dengan gelagatnya


SNSD tampil dengan pakaian yang sama dengan kulit album mereka


SNSD menewaskan 2AM di tempat kedua dengan perbezaan mata yang ketara


Soo-young bertindak untuk memberikan ucapan penghargaan setelah Tiffany dan Jessica “hilang perkataan” (lost for words)

Tahniah kepada SNSD di atas kemenagan mereka minggu ini.

Thursday, November 11, 2010

Review: Girl’s Generation (SNSD) Mini Album Ketiga: Hoot (009)

Girl’s Generation atau lebih di kenali sebgai So Nyuh Shi Dae (SNSD) telah melancarkan mini-album ketiga mereka yang bertajuk Hoot pada 27 Oktober yang lepas. Album ini memuatkan hanya 5 buah lagu dengan SNSD mempertaruhkan Hoot sebagai single utama.

Konsep yang cuba diketengahkan pada album ini adalah retro 70an dengan dipengaruhi oleh elemen-elemen James Bond dan mungkin juga Austin Powers. Ini jelas kelihatan dari cover art pada mini-album tersebut dan juga penampilan SNSD ketika membuat persembahan di kaca tv.

Dalam mini-album ini juga, salah seorang anggota SNSD, Yuri telah menyumbangkan bakatnya dengan menulis lirik untuk lagu Mistake.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terkandung dalam mini-album ini:

1. Hoot – 3:18

2. Mistake – 4:07

3. My Best Friend – 3:25

4. Wake Up – 3:15

5. Snowy Wish – 3:29


Ulasan Abg Bob:

Trend sekarang yang berlaku di dalam industri muzik Korea ialah artis-artis lebih selesa mengeluarkan mini-album dan SNSD tidak terkecuali dari trend ini. Mungkin mereka mahu menjimatkan kos atau penghasilan mini-album membolehkan mereka kekal revelen di hati peminat-peminat.

Walaupun Hoot adalah sebuah mini-album, namun ketelitian and kualiti dalam penghasilan album ini adalah amat tinggi. Oleh kerana Abg Bob memesan terus mini-album ini secara pre-order, maka terdapat item-item ekstra yang diberikan percuma. Berikut adalah item-item yang terkandung dalam pakej mini-album Hoot ini.

  1. CD lagu
  2. Cover CD yang bebentuk booklet foto-album-poskad yang boleh di ceraikan
  3. Kupon karaoke dan jemputan ke “special event” (maaf, Abg Bob buta Hangul :P)
  4. Sticker Hoot Edisi Terhad (untuk pre-order sahaja)
  5. Random photocard (diberikan secara rawak dalam setiap album SNSD)
  6. Poster Hoot saiz gergasi
  7. Blackberry barcode untuk access eksklusif ke mobile website.
Muka depan album
 Yuri photocard & kupon karaoke?
 Kandungan dalam album beserta sticker edisi terhad

Secara keseluruhan, Abg Bob sangat berpuas hati dengan apa yang terkandung dalam pakej mini-album ini. Kualiti percetakan sangat bagus. Cover art ala-ala retro 70an yang sangat kreatif dan menarik. Memang kena dengan konsep keseluruhan mini-album ini. Walaupun nampak kurang penting, free-gift seperti poster and sticker memang suatu cara yang bagus untuk menarik peminat membeli album “fizikal”, di kala ramai yang memilih untuk membeli secara muat-turun digital dari online store. Bilakah kali terakir kita mendapat free-gift seperti poster apabila membeli album artis tempatan? :P

Hoot – Merupakan single pertama dalam album ini. Dengan musik retro ala-ala 70an, mungkin tidak ramai yang terus suka degan lagu ini apabila pertama kali mendengarnya. Begitu juga dengan Abg Bob. Namun, setalah berkali-kali mengulang dengar lagu ini, ia terus melekat dalam kepala otak Abg Bob dengan iramanya yang unik dan catchy. Sehingga sekarang, Hoot masih lagi menjadi juara carta kereta Abg Bob untuk dua minggu berturut-turut. :P

Mistake - Liriknya di tulis oleh Yuri. Lagu ballad berentak perlahan dan sentimental.

My Best Friend – Lagu R & B berentak upbeat. Bertemakan kasih sayang sesama teman. Lagu favorite Abg Bob dalam mini-album ini selepas Hoot.

Wake up – Lagu berentak electro-pop yang banyak menggunakan snyth.

Snowy Wish – Lagu rancak dance-pop


Abg Bob sangat berpuas hati dengan semua lagu yang dimuatkan dalam mini-album ini. Kesemua lagu mempunyai kekuatannya tersendiri dan mempunyai irama yang berbeza antara satu-sama lain. Satu mini-album yang harus dimiliki oleh semua SONEs and juga penggemar muzik K-Pop. Adalah satu kerugian jika anda tidak memiliki mini-album ini.

Rating : Oleh kerana Abg Bob memang amat minat SNSD, 9 bintang untuk 9 gadis-gadis yang comel dan amat berbakat besar ini.

Monday, November 8, 2010

Teaser MV “Lights Go On Again” oleh B2ST

Beberapa jam yang lepas, B2ST telah mengeluarkan teaser MV terbaru mereka, Lights Go On Again. Teaser ini hanya sepanjang lebih kurang dua minit sahaja. Lagu  Lights Go On Again  ini adalah sebahagian dari mini-album keempat mereka yang dijangkakan akan mememui peminat mulai  9 November 2010.

Seperti biasa, mini-album mereka ini hanya memuatkan 5 lagu sahaja iaitu Lights Go On Again, Beautiful, I Like You the Best, Lightless dan I’m Sorry. Nantikan kemunculan MV and mini-album mereka esok dan sementara itu, sila nikmati teaser MV mereka…






Sunday, November 7, 2010

KBS Music Bank (5 November 2010): Hoot juara carta K-Chart

Girls' Generation (SNSD) telah berjaya mengungguli kedudukan teratas carta Music Bank K-Chart menerusi single terkini mereka, Hoot. Menerusi siaran Music Bank pada minggu sebelumnya, SNSD telah mempersembahkan Hoot buat pertama kalinya menerusi siaran TV menerusi “comeback stage” yang telah di adakan khusus untuk mereka. Hoot (bermaksud ketawa dalam bahasa Korea) telah di terima dengan baik dan mendapat sambutan yang sangat hangat daripada seluruh peminat SNSD dengan konsep ala-ala James Bond 70’s pop yang retro tetapi mempunyai alunan irama yang sangat menyegarkan.

 Perbezaan mata yang ketara antara SNSD dengan SG Wannabe

Tiffany dan Seohyun memberikan ucapan kemenangan

Menerusi kemenangan ini, SNSD juga telah berjaya mencatatkan sejarah yang tersendiri. Dengan mengutip sebanyak 17,285 mata, ia merupakan jumlah kutipan mata yang tertinggi yang belum pernah dikecapi oleh mana-mana artis sejak format baru K-Chart mula diperkenalkan di Music Bank pada Januari 2008. Tahniah diucapkan kepada mereka!

Berkut adalah kedudukan carta K-Chart pada 5 November 2010.

1. SNSD - Hoot
2. SG Wannabe - Sunflower
3. 2AM - You Wouldn't Answer My Call
4. 2PM - I'll Be Back
5. Gummy - 죽어도 사랑해 (I Love You Even If I Die) [Dae Mul OST]
6. Miss A - Breathe
7. BEAST - (Breathe)
8. Supreme Team - 그땐 그땐 그땐 (Then Then Then)
9. Ga-in (Brown Eyed Girls) - Irreversible
10. PSY - Right Now
11. SHINee - Hello
12. 2NE1 - Go Away
13. 2AM - Like Crazy
14. 2NE1 - Can't Nobody
15. Miss A - Bad Girl Good Girl
16. PSY - 눈에는 (In My Eyes)(Feat. Lee Jae Hoon)
17. Rainbow - Mach
18. Sung Sikyung & IU -그대네요 (It's You)
19. Lee Seung Chul - That Person
20. Zia & 4MEN - 울고 불고 (Crying, Calling)


Minggu depan, SNSD dijangka akan mendapat saingan sengit daripada 2AM menerusi single terbaru mereka, You Wouldn’t Answer My Call. Mampukah SNSD menepis asakan dari 2AM dan terus bertahan di kedudukan teratas? Sama-samalah kita nantikan minggu hadapan.

p/s: Siaran Music Bank boleh diikuti pada setiap hari Jumaat, 5.20PM – 6.15PM di KBS World, channel 391 Astro.