Pages

Saturday, March 24, 2012

Girls' Generation menggamatkan suasana konsert Twin Towers @Live 2012



Dengan kehadiran kira-kira 50 000 orang peminat setia, memang layaklah sensasi pop Korea Selatan, Girls' Generation bergelar supergroup Asia No.1!


Seperti yang dilaporkan gilakpop.com sebelum ini, semalam Girls' Generation menjadi artis pertama yang membuat persembahan pada konsert Twin Towers @Live 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa F1 Sepang pada hujung minggu ini.


Konsert yang diadakan di kaki bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas turut menampilkan artis terkenal seperti Nicole Scherzinger namun berdasarkan sambutan hangat dari para peminat, Girls' Generation merupakan tarikan utama konsert tersebut.



Girls' Generation mengambil tempat di pentas agak lewat daripada jadual asal kira-kira pukul 9.00 malam walaupun baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia hanya pada pukul 4.30 petang pada hari yang sama.


Ini menyebabkan banyak peminat tidak sabar dan memanggil-manggil nama mereka supaya muncul ke atas pentas.


Girls' Generation memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu popular mereka, "The Boys" dan diikuti oleh "Tell Me Your Wish".


Habis mendendangkan dua lagu tersebut, mereka berinteraksi dengan para peminat dan memperkenalkan diri mereka.


Tiffany selaku jurucakap berterima kasih kepada peminat dan meminta maaf kerana Yuri tidak dapat hadir bersama kerana sibuk menjalani penggambaran drama "Fashion King" di kota New York.


Akan tetapi, Tiffany berjanji akan kembali lagi ke Malaysia dengan kesemua 9 anggota.


Kemudian mereka menyambung kembali persembahan dengan mendendangkan 4 lagi lagu popular mereka, "Hoot", "Run Devil Run", "Mr. Taxi" dan "Gee".


Persembahan mereka berakhir kira-kira jam 9.40 malam dan mereka terus berkejar ke KLIA untuk pulan ke Korea dengan menaiki penerbangan MAS pada pukul 11.30 malam.


p/s: Abg Bob sangat terpegun dengan kecantikan Seohyun dan Tiffany. Terima kasih SNSD kerana sudi hadir dan menggembirakan ramai peminat di Malaysia





Apalah agaknya yang menyebabkan Sooyoung dan Yoona ketawa terbahak-bahak...


 Peminat setia yang sabar menanti


 SNSD memperkenalkan diri mereka

 syyhhh...Tiffany tengah cakap tu...

 terbang SNSD terbang....

 Panahan asmara SNSD!

 Sooyoung benar-benar enjoy di atas pentas

Salut untuk Malaysia (bukan 1Malaysia yer... )

3 comments: