Pages

Monday, April 30, 2012

TaeTiSeo menggegar dengan kemunculan muzik video Twinkle





Hari ini TaeTiSeo telah melancarkan muzik video Twinkle menerusi laman youtube bersempena dengan pelancaran album mereka.


Buat pembaca yang kurang tahu, TaeTiSeo merupakan sub-unit Girls' Generation yang dianggotai oleh Taeyeon, Tiffany dan Seohyun.


Mereka baru sahaja mengeluarkan mini-album yang mengandungi 6 buah lagu.


Sila nikmati muzik video mereka seperti di bawah:3





kredit: SMTOWN youtube

Friday, April 20, 2012

Jay Park bakal kembali ke Malaysia



Universal Music Malaysia telah mengesahkan bahawa sensasi solo KPop, Jay Park bakal kembali ke Malaysia bulan hadapan.

Jay Park akan berada di Malaysia pada 12 hingga 15 Mei ini bagi mempromosikan album sulungnya, "New Breed"

Bagi para peminat Jay Park, Jaywalkers; anda berpeluang untuk memenangi jemputan untuk menonton showcase yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.

Caranya mudah sahaja, sertai peraduan yang diadakan pada Facebook Universal Music Malaysia seperti berikut http://www.facebook.com/pages/Universal-Music-Malaysia-Chinese/160137919794?sk=app_378072715546084 dan ikuti langkah-langkah yang tertera pada fanpage tersebut.

Selain dari tiket-tiket, anda juga berpeluang memenangi pas ekslusif sesi  autograph dan juga merchandise seperti poster.

Jadi tunggu apa lagi, sertailah segera jika anda benar-benar Jaywalkers!


Wednesday, April 18, 2012

Selamat Hari Lahir ke-23 Jessica

Hari ini merupakan hari yang dinantikan ramai peminat -peminat Kpop terutamanya peminat setia Girls' Generation kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Jessica yang ke-23!

Jessica merupakan anggota kedua tertua dalam Girls' Generation selepas Kim Taeyeon and secara kebetulan Jessica juga merupakan vokalist utama kedua dalam kumpulannya.

Seperti Tiffany, Jessica merupakan salah seorang anggota kumpulan Girls' Generation yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan juga adalah warganegaranya.