Pages

Showing posts with label Yoona. Show all posts
Showing posts with label Yoona. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Girls' Generation kembali dengan lagu terbaru: I Got a Boy

Semalam, pada hari pertama tahun baru 2013 SM Town telah mengluarkan video muzik terbaru dari Girls' Generation, I Got a Boy.

Penilaian ringkas Abg Bob;

Muzik: 2/5. Intro macam lagu SHINee. Sekali dengar macam mash-up 5 lagu dalam satu
Tarian: 5/5. Girls' Generation memang kumpulan idol yang mempunyai koreografi terbaik!
Video Muzik: 4/5. Too colorful tapi macam takde jalan cerita sempurna.

Apa-apa pun, buat SONEs dan peminat Girls' Generation, enjoy!



p/s: Abg Bob memang tak suka gila dengan short pants yang Tiffany pakai. Nampak hodoh amat!

Saturday, March 24, 2012

Girls' Generation menggamatkan suasana konsert Twin Towers @Live 2012



Dengan kehadiran kira-kira 50 000 orang peminat setia, memang layaklah sensasi pop Korea Selatan, Girls' Generation bergelar supergroup Asia No.1!


Seperti yang dilaporkan gilakpop.com sebelum ini, semalam Girls' Generation menjadi artis pertama yang membuat persembahan pada konsert Twin Towers @Live 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa F1 Sepang pada hujung minggu ini.


Konsert yang diadakan di kaki bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas turut menampilkan artis terkenal seperti Nicole Scherzinger namun berdasarkan sambutan hangat dari para peminat, Girls' Generation merupakan tarikan utama konsert tersebut.

Thursday, September 29, 2011

Teaser terkini dari Seohyun, Yoona dan Yuri



Hari ini, tiba giliran Girls' Generation triplets Seohyun, Yoona dan Yuri pula tampil dengan teaser konsep shot untuk album terbaru mereka.

Bagi Abg Bob, tekaan netizens bahawa konsep album Girls' Generation berdasarkan karakter fairy tale agak tersasar kerana semuanya masih samar-samar belaka.

Apa-apapun just enjoy gambar-gambar tersebut seperti di bawah.





Sumber: soshified