Pages

Showing posts with label Kim Taewoo. Show all posts
Showing posts with label Kim Taewoo. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Kim Taewoo akan berkahwin?



Penyanyi ballad popular dan merupakan bekas anggota kumpulan popular g.od., Kim Taewoo mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pengumuman itu yang mengejutkan banyak pihak terutama para peminatnya, dibuat menerusi laman web rasminya dengan Taewoo memuatkan nota yang bertulis tangan beliau sendiri.

Bakal isteri beliau bukanlah seorang selebriti malahan hanya wanita biasa sahaja.

Difahamkan, perkahwinan yang agak tergesa-gesa ini disebabkan oleh bakal isterinya telah pun mengandungkan anak mereka.

Apa-apapun tahniah Abg Bob ucapkan kepada Kim Taewoo. Nampaknya Yuri bakal kehilangan salah seorang peminat "teras keras"nya :P

Sumber: allkpop

Tuesday, March 15, 2011

Kim Taewoo muncul dengan "Brothers & Me" feat Rain dan JYP



Seperti yang telah di laporkan dalam gilakpop sebelum ini, hari ini Kim Taewoo telah mengeluarkan MV terbarunya, Brothers & Me.

Apa yang menariknya, lagu Brothers & Me ini adalah gandingan bersama Kim Taewoo dengan JYP dan juga Rain.

Apa yang menariknya, walaupun mereka bertiga tidak lagi bernaung di bawah JYP Entertainment tetapi mampu berganding bersama yang menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.

Saksikan MV seperti di bawah yang sarat dengan aksi-aksi "bromance".



Sumber: allkpop

Thursday, March 10, 2011

Kim Taewoo bakal muncul dengan "T-School"



Setelah sekian lama menyepi, penyanyi bersuara lantang dan lunak Kim Taewoo bakal kembali dengan album terbarunya, T-School tidak lama lagi.

Baru-baru ini teaser bagi lagu tersebut telah mula tersebar di laman video Youtube. Kali terakhir Taewoo muncul dengan album solonya T-Virus pada akhir 2009 di mana ketika ini dia cukup popular dengan lagu ballad Love Rain.

Apa yang menariknya, pada penghujung teaser tersebut JYP, Rain dan beberapa artis lain turut muncul. Mungkinkah mereka ini juga terlibat dalam pembikinan album ini?

Sama-sama kita nantikan kemunculan T-School pada 22 Mac nanti.



Sumber: allkpop