Pages

Wednesday, November 30, 2011

Girls' Generation, 2NE1 dan Super Junior rangkul anugerah utama di MAMA 2011



Girls' Generation (SNSD), 2NE1 dan Super Junior masing-masing merangkul anugerah utama (Daesang) pada MNet Asian Music Award (MAMA) 2011 yang diadakan di Singapura semalam.

Girls' Generation merangkul anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Terbaik Keseluruhan; 2NE1 menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Lonely dan Lagu Terbaik menerusi I Am The Best; manakala Super Junior memenangi anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Album terbaik menerusi Mr. Simple.

Saturday, November 26, 2011

Girls' Generation juarai Music Bank K-Chart sekali lagi!



Girls' Generation (SNSD) membuktikan merekalah kumpulan terhangat masa kini apabila sekali lagi merangkul kejuaraan K-Chart Music Bank semalam.

Kemenangan ini merupakan kali kelima berturut-turut menerusi lagu The Boys.

Wonder Girls yang baru muncul dengan lagu Be My Baby terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan jurang perbezaan kutipan mata yang amat kecil.


Monday, November 21, 2011

Seluar Tiffany terlalu pendek?



Sekali lagi kontroversi melanda Tiffany, anggota kumpulan Girls' Generation (SNSD) baru-baru ini.

Ia berkaitan dengan pakaian yang dipakai ketika konsert "Coway! Please take care of my mother tonight!" yang berlangsung pada 17 November yang lepas.

Ramai peminat dan pengguna internet merasakan seluar pendek putih yang dipakai oleh Tiffany di atas pentas tidak sesuai kerana terlalu pendek sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya dilihat.


Saturday, November 19, 2011

Tarian tongkat, siapa yang terbaik?


Minggu ini dalam rancangan muzik hujung minggu seperti MNet M!Countdown, KBS Music Bank, Abg Bob perhatikan ada sedikit kelainan yang berlaku di atas pentas.

Ada beberapa artis yang menyampaikan tema persembahan yang agak serupa iaitu tarian menggunakan tongkat.

Seo In Young, Rania dan Hyomin dari T-ara masing-masing mempersembahkan versi tarian mereka yang tersendiri.

Saksikan klip seperti di bawah.

Girls' Generation juara carta K-Chart Music Bank buat kali keempat berturut-turut





Girls' Generation (SNSD) membuktikan populariti mereka sukar digugat apabla menjuarai carta K-Chart Music Bank yang disiarkan semalam.

Kemenangan ini merupakan kali keempat berturut-turut untuk lagu terbaru mereka The Boys.

Walaupun menghadapi saingan  dari Wonder Girls yang baru muncul dengan lagu terbaru mereka, Be My Baby, Girls' Generation meninggalkan Wonder Girls di tangga kedua dengan jurang mata yang selesa.


Thursday, November 17, 2011

Wonder Girls juara M!Countdown minggu ini



Setelah beberapa ketika menyepi dari industri muzik Korea, hari ini Wonder Girls mengumumkan kemunculan mereka dengan menjuarai carta M!Countdown.

Kemenangan ini merupakan yang pertama kali dalam beberapa tahun setelah Wonder Girls "berhijrah" ke Amerika untuk mencuba nasib mereka di sana.

Wonder Girls jelas agak terkejut dengan kemenangan itu hanya terkasima dan hanya mampu memberikan ucapan kemenangan yang amat ringkas.

Wednesday, November 16, 2011

Girls' Generation bakal muncul degan "variety show" tersendiri



Girls' Generation (SNSD) bakal muncul degan rancangan variety mereka tersendiri tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap JTBC sendiri apabila diwawancara oleh portal berita online, Osen News.

JTBC merupakan salah satu rangkaian televisyen berbayar di Korea Selatan, seperti mana rangkaian Astro di negara ini.

Difahamkan penggambaran episod pertama akan dimulakan pada 20 November ini dan anggota Girls' Generation dikatakan tidak sabar untuk memulakannya.

p/s: Abg Bob amat berharap rancangan ini akan berjaya kerana kali terakhir SNSD muncul dalam rancangan variety secara bersama adalah pada 2009, menerusi Hello Baby.

Sumber: Soshified

Tuesday, November 15, 2011

Lagi gambar terbaru Girls' Generation dari Vita500



Hari ini, Vita500 memuatkan gambar-gambar promosi terbaru Sooyoung, Seohyun dan Sunny menerusi laman rasmi twitter mereka.

Enjoy!

Kim Taewoo akan berkahwin?



Penyanyi ballad popular dan merupakan bekas anggota kumpulan popular g.od., Kim Taewoo mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pengumuman itu yang mengejutkan banyak pihak terutama para peminatnya, dibuat menerusi laman web rasminya dengan Taewoo memuatkan nota yang bertulis tangan beliau sendiri.

Bakal isteri beliau bukanlah seorang selebriti malahan hanya wanita biasa sahaja.

Difahamkan, perkahwinan yang agak tergesa-gesa ini disebabkan oleh bakal isterinya telah pun mengandungkan anak mereka.

Apa-apapun tahniah Abg Bob ucapkan kepada Kim Taewoo. Nampaknya Yuri bakal kehilangan salah seorang peminat "teras keras"nya :P

Sumber: allkpop