Pages

Wednesday, November 17, 2010

Tiffany SNSD terpaksa berehat selama sebulan


Salah seorang anggota Girls’ Generation (SNSD) Tiffany terpaksa berehat selama sebulan akibat kecederaan “posterior cruciate ligament”. Kecederaan ini dikhabarkan dialaminya setelah terjatuh ketika mebuat persembahan pada 14 November yang lepas.

Menurut jurucakap SM Entertaiment, kaki Tiffany terpaksa disimen dan akan dikeluarkan daripada rangka promosi mini-album Hoot sehingga dia benar-benar pulih. Nampaknya segala persembahan SNSD selepas ini hanya akan menampilkan 8 anggota tanpa kelibat Tiffany.

Kecederaan ini bukanlah yang pertama kali dialami oleh Tiffany, sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan kaki yang agak serupa pada tahun lepas. Di harapkan Tiffany akan segera sembuh and dapat kembali ke pentas bersama teman-teman SNSD yang lain.

Abg Bob: Mendoakan agar Tiffany segera sembuh. Hoot takkan serupa tanpa Tiffany

Sumber: soshified, smtownjjang, dkpopnews

No comments:

Post a Comment