Pages

Sunday, November 28, 2010

SBS Inkigayo (28 November 2010) – Mutizen “Triple Crown” buat Hoot


Girls’ Generation (SNSD) membuktikan populariti mereka yang memuncak menerusi Hoot kini, dengan menggondol Mutizen Song Award selama 3 minggu pada rancangan SBS Inkigayo petang tadi. Kemenangan ini membolehkan mereka medapat “Triple Crown” Mutizen dan Hoot akan dikeluarkan dari pertandingan bermula pada minggu depan.

Walaupun kebanyakan artis K-Pop tiada di Seoul kerana menghadiri MAMA award 2010 yang di anjurkan oleh Mnet di Macau, ini tidak menghalang beberapa nama besar dari membuat kemunculan menerusi rancangan Inkigayo ini.

Antara nama-nama besar yang membuat persembahan ialah 2AM, Kara, B2ST(Beast), Psy, Orange Caramel dan F.CUZ. Pada rancangan ini juga, sebuah band projek dari SM Entertainment, SM Ballad membuat kemunculan pertama mereka di atas pentas. Mereka terdiri daripada Super Junior’s Kyu Hyun, SHINee’s Jonghyun, Trax’s Jay, dan Jino membuat persembahan menerusi lagu Miss You.

Saksikan screenshot dari persembahan mereka hari ini.


Barisan MC dengan pakaian yang amat glam

SM Ballad membuat persembahan julung kali

Orange Caramel dengan A~ing

SNSD dengan persembahan mereka yang terus mantap

Sumber: allkpop, soompi

No comments:

Post a Comment