Pages

Sunday, November 21, 2010

KBS Music Bank (19 November 2010): SNSD juara, Beast comeback dan MuBank MC farewell

Sekali lagi Girls’ Generation (SNSD) telah berjaya mengungguli carta Music Bank K-Chart. Kali ini SNSD mengenepikan cabaran Huh Gak di tempat kedua. Kemenangan ini adalah yang kali ketiga berturut-turut buat SNSD dengan single terkini mereka, Hoot.

Pada episod kali ini juga menyaksikan ramai artis yang membuat persembahan “comeback stage”. Antaranya ialah Beast, Buzz, F.CUZ, Yurisangja, Orange Caramel dan Star. Akan tetapi, persembahan Beast memang dinantikan kerana merka baru sahaja mengluarkan mini-album keempat mereka. Beast telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu, Lights go on again, I like you the best dan Beautiful.

Music Bank kali ini juga merupakan yang terakhir buat dua orang MC Music Bank, Seo Hyorim dan Song Joongki. Tempat mereka berdua akan digantikan oleh Hyun Woo dan Kim Min Ji. Kepada peminat mereka berdua, usah risau, mereka akan muncul semula pada minggu depan untuk “special stage”. Good luck and selamat berjaya kepada mereka berdua. Music Bank Daebak!


SNSD dengan formasi tanpa Tiffany

Beast membuat persembahan

Kemenangan buat SNSD mengatasi Huh Gak

Seohyun memberikan ucapan kemenangan

MC Hyorim tidak dapat menahan sebak

Pose penutup Music Bank terakhir buat gandingan Hyorim dan Joongki


 Sumber: allkpop, soompi

No comments:

Post a Comment