Pages

Sunday, November 7, 2010

KBS Music Bank (5 November 2010): Hoot juara carta K-Chart

Girls' Generation (SNSD) telah berjaya mengungguli kedudukan teratas carta Music Bank K-Chart menerusi single terkini mereka, Hoot. Menerusi siaran Music Bank pada minggu sebelumnya, SNSD telah mempersembahkan Hoot buat pertama kalinya menerusi siaran TV menerusi “comeback stage” yang telah di adakan khusus untuk mereka. Hoot (bermaksud ketawa dalam bahasa Korea) telah di terima dengan baik dan mendapat sambutan yang sangat hangat daripada seluruh peminat SNSD dengan konsep ala-ala James Bond 70’s pop yang retro tetapi mempunyai alunan irama yang sangat menyegarkan.

 Perbezaan mata yang ketara antara SNSD dengan SG Wannabe

Tiffany dan Seohyun memberikan ucapan kemenangan

Menerusi kemenangan ini, SNSD juga telah berjaya mencatatkan sejarah yang tersendiri. Dengan mengutip sebanyak 17,285 mata, ia merupakan jumlah kutipan mata yang tertinggi yang belum pernah dikecapi oleh mana-mana artis sejak format baru K-Chart mula diperkenalkan di Music Bank pada Januari 2008. Tahniah diucapkan kepada mereka!

Berkut adalah kedudukan carta K-Chart pada 5 November 2010.

1. SNSD - Hoot
2. SG Wannabe - Sunflower
3. 2AM - You Wouldn't Answer My Call
4. 2PM - I'll Be Back
5. Gummy - 죽어도 사랑해 (I Love You Even If I Die) [Dae Mul OST]
6. Miss A - Breathe
7. BEAST - (Breathe)
8. Supreme Team - 그땐 그땐 그땐 (Then Then Then)
9. Ga-in (Brown Eyed Girls) - Irreversible
10. PSY - Right Now
11. SHINee - Hello
12. 2NE1 - Go Away
13. 2AM - Like Crazy
14. 2NE1 - Can't Nobody
15. Miss A - Bad Girl Good Girl
16. PSY - 눈에는 (In My Eyes)(Feat. Lee Jae Hoon)
17. Rainbow - Mach
18. Sung Sikyung & IU -그대네요 (It's You)
19. Lee Seung Chul - That Person
20. Zia & 4MEN - 울고 불고 (Crying, Calling)


Minggu depan, SNSD dijangka akan mendapat saingan sengit daripada 2AM menerusi single terbaru mereka, You Wouldn’t Answer My Call. Mampukah SNSD menepis asakan dari 2AM dan terus bertahan di kedudukan teratas? Sama-samalah kita nantikan minggu hadapan.

p/s: Siaran Music Bank boleh diikuti pada setiap hari Jumaat, 5.20PM – 6.15PM di KBS World, channel 391 Astro.

No comments:

Post a Comment