Pages

Thursday, November 11, 2010

Review: Girl’s Generation (SNSD) Mini Album Ketiga: Hoot (009)

Girl’s Generation atau lebih di kenali sebgai So Nyuh Shi Dae (SNSD) telah melancarkan mini-album ketiga mereka yang bertajuk Hoot pada 27 Oktober yang lepas. Album ini memuatkan hanya 5 buah lagu dengan SNSD mempertaruhkan Hoot sebagai single utama.

Konsep yang cuba diketengahkan pada album ini adalah retro 70an dengan dipengaruhi oleh elemen-elemen James Bond dan mungkin juga Austin Powers. Ini jelas kelihatan dari cover art pada mini-album tersebut dan juga penampilan SNSD ketika membuat persembahan di kaca tv.

Dalam mini-album ini juga, salah seorang anggota SNSD, Yuri telah menyumbangkan bakatnya dengan menulis lirik untuk lagu Mistake.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terkandung dalam mini-album ini:

1. Hoot – 3:18

2. Mistake – 4:07

3. My Best Friend – 3:25

4. Wake Up – 3:15

5. Snowy Wish – 3:29


Ulasan Abg Bob:

Trend sekarang yang berlaku di dalam industri muzik Korea ialah artis-artis lebih selesa mengeluarkan mini-album dan SNSD tidak terkecuali dari trend ini. Mungkin mereka mahu menjimatkan kos atau penghasilan mini-album membolehkan mereka kekal revelen di hati peminat-peminat.

Walaupun Hoot adalah sebuah mini-album, namun ketelitian and kualiti dalam penghasilan album ini adalah amat tinggi. Oleh kerana Abg Bob memesan terus mini-album ini secara pre-order, maka terdapat item-item ekstra yang diberikan percuma. Berikut adalah item-item yang terkandung dalam pakej mini-album Hoot ini.

  1. CD lagu
  2. Cover CD yang bebentuk booklet foto-album-poskad yang boleh di ceraikan
  3. Kupon karaoke dan jemputan ke “special event” (maaf, Abg Bob buta Hangul :P)
  4. Sticker Hoot Edisi Terhad (untuk pre-order sahaja)
  5. Random photocard (diberikan secara rawak dalam setiap album SNSD)
  6. Poster Hoot saiz gergasi
  7. Blackberry barcode untuk access eksklusif ke mobile website.
Muka depan album
 Yuri photocard & kupon karaoke?
 Kandungan dalam album beserta sticker edisi terhad

Secara keseluruhan, Abg Bob sangat berpuas hati dengan apa yang terkandung dalam pakej mini-album ini. Kualiti percetakan sangat bagus. Cover art ala-ala retro 70an yang sangat kreatif dan menarik. Memang kena dengan konsep keseluruhan mini-album ini. Walaupun nampak kurang penting, free-gift seperti poster and sticker memang suatu cara yang bagus untuk menarik peminat membeli album “fizikal”, di kala ramai yang memilih untuk membeli secara muat-turun digital dari online store. Bilakah kali terakir kita mendapat free-gift seperti poster apabila membeli album artis tempatan? :P

Hoot – Merupakan single pertama dalam album ini. Dengan musik retro ala-ala 70an, mungkin tidak ramai yang terus suka degan lagu ini apabila pertama kali mendengarnya. Begitu juga dengan Abg Bob. Namun, setalah berkali-kali mengulang dengar lagu ini, ia terus melekat dalam kepala otak Abg Bob dengan iramanya yang unik dan catchy. Sehingga sekarang, Hoot masih lagi menjadi juara carta kereta Abg Bob untuk dua minggu berturut-turut. :P

Mistake - Liriknya di tulis oleh Yuri. Lagu ballad berentak perlahan dan sentimental.

My Best Friend – Lagu R & B berentak upbeat. Bertemakan kasih sayang sesama teman. Lagu favorite Abg Bob dalam mini-album ini selepas Hoot.

Wake up – Lagu berentak electro-pop yang banyak menggunakan snyth.

Snowy Wish – Lagu rancak dance-pop


Abg Bob sangat berpuas hati dengan semua lagu yang dimuatkan dalam mini-album ini. Kesemua lagu mempunyai kekuatannya tersendiri dan mempunyai irama yang berbeza antara satu-sama lain. Satu mini-album yang harus dimiliki oleh semua SONEs and juga penggemar muzik K-Pop. Adalah satu kerugian jika anda tidak memiliki mini-album ini.

Rating : Oleh kerana Abg Bob memang amat minat SNSD, 9 bintang untuk 9 gadis-gadis yang comel dan amat berbakat besar ini.

No comments:

Post a Comment