Pages

Saturday, November 19, 2011

Tarian tongkat, siapa yang terbaik?


Minggu ini dalam rancangan muzik hujung minggu seperti MNet M!Countdown, KBS Music Bank, Abg Bob perhatikan ada sedikit kelainan yang berlaku di atas pentas.

Ada beberapa artis yang menyampaikan tema persembahan yang agak serupa iaitu tarian menggunakan tongkat.

Seo In Young, Rania dan Hyomin dari T-ara masing-masing mempersembahkan versi tarian mereka yang tersendiri.

Saksikan klip seperti di bawah.

Ulasan Abg Bob:


Rania: Mengunakan tongkat pada awal koreografi mereka. Mungkin untuk kelihatan seksi, tetapi pada hemat Abg Bob, terkangkang di hadapan kamera bukanlah seksi sebaiknya memualkan. Pergerakan mereka jugak nampak tidak tersusun disebabkan tongkat tersebut. Rating: D+


Seo In Young: ATongkat hanya digunakan sebagai akseksori yang tidak membantu kualiti persembahan. Forgettable. Rating: D-


Hyomin dari T-ara: Penggunaan tongkat dalam koreografi Cry Cry seakan sebagai penambah perisa kepada persembahan T-ara yang sememangnya agak menarik. Dengan tongkat tersebuat, Hyomin kelihatan lebih empowered dari anggota T-ara yang lain sesuai dengan statusnya sebagai ketua kumpulan. Rating: A

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju degan rating yang diberikan? Sila komen di bawah

No comments:

Post a Comment