Pages

Wednesday, November 30, 2011

Girls' Generation, 2NE1 dan Super Junior rangkul anugerah utama di MAMA 2011



Girls' Generation (SNSD), 2NE1 dan Super Junior masing-masing merangkul anugerah utama (Daesang) pada MNet Asian Music Award (MAMA) 2011 yang diadakan di Singapura semalam.

Girls' Generation merangkul anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Terbaik Keseluruhan; 2NE1 menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Lonely dan Lagu Terbaik menerusi I Am The Best; manakala Super Junior memenangi anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Album terbaik menerusi Mr. Simple.


Berikut adalah keputusan penuh Anugerah MNet Asian Music Award 2011;

Artist Terbaik - Girls Generation

Album Terbaik - Super Junior, Mr. Simple

Lagu Terbaik - 2NE1, I'm the Best

Artis Lelaki Baru  - Huh Gak

Artis Wanita Baru  - A Pink

Artis Lelaki Berkumpulan - Super Junior

Artis Wanita Berkumpulan - Girls Generation

Artis Lelaki Solo - Kim Hyun Joong

Artis Wanita Solo - Baek Ji Young

Persembahan Tarian Terbaik (Wanita) - Miss A

Persembahan Tarian Terbaik (Lelaki) - Beast

Persembahan Vokal Terbaik (Berkumpulan) - 2NE1

Persembahan Vokal Terbaik (Solo) - IU

Band Terbaik - CNBlue

Persembahan Rap Terbaik - Leessang

Persembahan OST Terbaik - Baek Ji Young, That Woman (Secret Garden OST)

Muzik Video Terbaik - Big Bang, Love Song


p/s: Tahniah Abg Bob ucapkan kepada semua pemenang. Kepada peminat-peminat mereka, jangan gaduh-gaduh... :)

Sumber: allkpop

No comments:

Post a Comment