Pages

Tuesday, November 15, 2011

Kim Taewoo akan berkahwin?



Penyanyi ballad popular dan merupakan bekas anggota kumpulan popular g.od., Kim Taewoo mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pengumuman itu yang mengejutkan banyak pihak terutama para peminatnya, dibuat menerusi laman web rasminya dengan Taewoo memuatkan nota yang bertulis tangan beliau sendiri.

Bakal isteri beliau bukanlah seorang selebriti malahan hanya wanita biasa sahaja.

Difahamkan, perkahwinan yang agak tergesa-gesa ini disebabkan oleh bakal isterinya telah pun mengandungkan anak mereka.

Apa-apapun tahniah Abg Bob ucapkan kepada Kim Taewoo. Nampaknya Yuri bakal kehilangan salah seorang peminat "teras keras"nya :P

Sumber: allkpop

No comments:

Post a Comment