Pages

Wednesday, November 16, 2011

Girls' Generation bakal muncul degan "variety show" tersendiri



Girls' Generation (SNSD) bakal muncul degan rancangan variety mereka tersendiri tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap JTBC sendiri apabila diwawancara oleh portal berita online, Osen News.

JTBC merupakan salah satu rangkaian televisyen berbayar di Korea Selatan, seperti mana rangkaian Astro di negara ini.

Difahamkan penggambaran episod pertama akan dimulakan pada 20 November ini dan anggota Girls' Generation dikatakan tidak sabar untuk memulakannya.

p/s: Abg Bob amat berharap rancangan ini akan berjaya kerana kali terakhir SNSD muncul dalam rancangan variety secara bersama adalah pada 2009, menerusi Hello Baby.

Sumber: Soshified

No comments:

Post a Comment