Pages

Saturday, December 11, 2010

Jay Park showcase dan fanmeet “live” di KL


Pada Sabtu lepas, Abg Bob berpeluang menyaksikan showcase dan sesi bertemu peminat Jay Park yang telah di adakan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama Jay Park datang ke Malaysia dan fanmeet ini telah dianjurkan oleh Absolutely Pop.

Jay telah menyampaikan lagu yang telah membuatkannya popular, iaitu Noting on You versi Korea. Di samping itu, Jay turut mendendangkan beberapa buah lagu yang lain antaranya, Demon, Doin Good dan Speechless. Jay juga bersama AOM crew (Art of Movement) telah mempersembahkan gerak tarian b-boy atau “breakdance” yang amat bertenaga dan menarik sekali. Jay juga sempat menyelitkan sesi interaksi bersama peminat-peminatnya yang bertuah di atas pentas selama 20 minit.

Setelah membuat persebhan semala kurang lebih 90 minit, Jay meluangkan masa kira-kira 20minit melayani jemputan media untuk bertanyakan apa jua soalan tentang dirinya.

Ulasan Abg Bob:

Boleh di katakana showcase ini berjaya menonjolkan diri Jay Park sebagai artis solo yang unik. Oleh kerana konsep yang di bawakan lebih menjurus kepada irama hip-hop dan b-boy, Jay nampaknya tidak lagi di bayangi oleh imej 2PM. Agak pelik jua apabila seorang artis K-Pop yang terkenal akan tetapi apabila menyaksikan persembahannya selepas lagu pertama, Jay lebih nampak seperti seorang artis antarabangsa kerana semua lagunya dalam bahasa Inggeris. Ini juga mugkin kerana ahli-ahli AOM crew yang berbilang bangsa membuatkan Abg Bob lupa yang sebenarnya Jay “berasal” dari Korea.

Apa-apa pun, satu persembahan yang amat mantap dari Jay dan Abg Bob percaya para peminatnya amat berpuas hati dengan apa yang telah disajikan. Cuma, terdapat sedikit sebanyak kelemahan yang Abg Bob percaya akibat kurangkan pengalaman menganjurkan acara sebegini dari pihak penganjur yang agak mencacatkan perjalanan majlis. Di harapkan pihak penganjur dapat membetulkan kelemahan mereka dan seterusnya dapat membawa masuk lebih banyak artis-artis Korea datang ke sini.

Nikmati gambar-gambar yang diambil semasa showcase tersebut: 























No comments:

Post a Comment