Pages

Monday, December 13, 2010

25th Golden Disk Award: SNSD dan 2AM menang “Daesang”



Girls’ Generation (SNSD) dan 2AM merupakan pemenang terunggul pada 25th Golden Disk Award yang telah belangsung pada Khamis, 9 Disember lepas. Golden Disk Award merupakan anugerah teunggul industri muzik Korea yang di anjurkan setiap tahun oleh Persatuan Industri Muzik Korea. Anugerah ini seumpama anugerah “Grammy Award” bagi industri muzik Korea.

SNSD merangkul anugerah terbesar pada malam tersebut dengan memenangi Golden Disk Daesang, iaitu anugerah yang diberikan kepada album terbaik sepanjang tahun menerusi album kedua mereka, Oh!. Ini merupakan sejarah buat SNSD juga industri muzik Korea kerana sepanjang 25 tahun Golden Disk Award dianjurkan, inilah kali pertama augerah terunggul ini dimenangi oleh kumpulan wanita.

2AM pula merangkul anugeran Digital Release Daesang, iaitu anugerah terunggul buat album/lagu yang dipasarkan secara online. Ini merupakan anugerah terunggul yang dimenangi oleh 2AM yang amat popular tahun ini menerusi lagu Can’t Let You Go Even If I Die.

Antara artis-artis yang memenangi anugerah termasuklah Super Junior dengan Anugerah Populariti Asia, Beast dan Secret yang memenangi Anugerah Pendatang Baru  dan juga kumpulan boyband SHINee yang merangkul Anugerah Populariti.

Berikut adalah keputusan penuh para pemenang:

2010 Golden Disc Award Daesang (Grand Prize)
SNSD - "Oh!"

Disk Bonsang (Records of the Year)
DJ DOC - Im This Type Of Person
SHINee - Lucifer
Super Junior - Bonamana
SNSD - Oh
BoA - Hurricane Venus

2010 Samsung Yepp Digital Music Daesang (Grans Prize in Digital Releasing)
2AM - Can’t Let You Go Even If I Die

Digital Music Bonsang (Records of the Year in Digital Releasing)
miss A - Good Girl, Bad Girl
IU ft. Seulong - Nagging
Lee Seung Gi - Love Taught Me How to Drink
CN BLUE - Im a loner
2AM - Can’t Let You Go Even If I Die

Hip-hop Award
Supreme Team

Rock Award
F.T. Island

Rookie Award
BEAST
Secret
SISTAR

Popularity Award
SHINee
SNSD

Asian Popularity Award
Super Junior

Producer Award
Hong Seung Sung (Cube Entertainment)

Lifetime Achievement Award
Park Chun Seok


Sumber: soompi, allkpop, seoulbeats, wikipedia

No comments:

Post a Comment