Pages

Sunday, February 12, 2012

Universal Music Malaysia K-Pop Crazy Party 2012



Pada hari Sabtu, 11 Februari 2012 Universal Music Malaysia telah mengajurkan K-Pop Crazy Party 2012 yang bertempat di Auditorim, Wisma Bentley Mutiara Damansara.

Parti ini diadakan untuk menghargai dan meraikan peminat-peminat artis KPop yang bernaung di bawah label Universal Music Malaysia.

Antara artis-artis terkemuka KPop yang berada di bawah naungan Universal Music Malaysia termasuklah Jay Park, Girls' Generation, Super Junior dan artis-artis dari United Cube yang pernah menggegarkan Malaysia tahun lepas iaitu G.NA, Beast dan juga 4Minute.

Friday, February 10, 2012

Selamat Hari Lahir ke-22, Choi Sooyoung


Hari ini, merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-22 untuk salah seorang anggota kumpulan Girls' Generation, Choi Sooyoung.

Sooyoung merupakan anggota yang ketiga termuda dalam kumpulan Girls' Generation; berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Yoona.

Namun begitu, Sooyoung merupakan anggota Girls' Generation yang paling berpengalaman dalam industri hiburan.

Sooyoung pernah menganggotai kumpulan Route φ bersama Marina Takahashi dan pernah mengeluarkan 3 buah single album dalam bahasa Jepun.

Wednesday, December 28, 2011

IU pernah digelar "babi" ?


Penyanyi popular Korea Selatan, IU mendedahkan bahawa dia pernah dipanggil dengan panggilan "babi" oleh sekumpulan peminat remaja perempuan.

IU menceritakan menerusi rancangan SBS Strong Heart, mendedahkan kejadian ini berlaku ketika pentas debut nya pada 18 September 2008.

Menurut IU, pada hari kejadian, banyak peminat-peminat remaja perempuan sebuah kumpulan boyband yang popular, menunggu kemunculan kumpulan kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

Apabila tiba giliran IU untuk beraksi di atas pentas, peminat-peminat ini bukan sahaja tidak bersorak dan memberikan sokongan, malahan bertindak melampau dengan melemparkan kata-kata nista yang kurang sopan terhadap IU.

Monday, December 5, 2011

Galeri Gambar: Sidang akhbar konsert 2PM

Seperti semua peminat-peminat K-Pop sedia maklum, minggu lepas boyband popular 2PM telah mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur.

Silalah enjoy gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa sidang akhbar tersebut berlangsung.


Selamat Hari Lahir ke-22, Kwon Yuri



Hari ini merupakan hari yang amat istimewa buat para peminat kumpulan Girls' Generation (SNSD) kerana 22 tahun yang lepas, lahir seorang insan yang dikenali sebagai Kwon Yuri.

Kwon Yuri merupakan ahli Girls' Generation yang termuda lahir pada tahun 1989 dan secara kebetulan, menyambut hari lahir paling terakhir dikalangan anggota-anggota Girls' Generation yang lain.

Merupakan salah seorang penari utama dalam Girls' Generation, bakat Yuri bukan sahaja terhenti di situ, malahan Yuri juga berbakat dalam bidang peragaan, pengacaraan (terpilih menjadi MC untuk MBC Music Core buat kali kedua bersama Tiffany) malahan juga dalam bidang lakonan.

Di kenali sebagai ahli yang paling aktif dan "gila-gila" Yuri menjadi kesayangan peminatnya disebabkan tingkah lakunya yang selamba itu.

Saturday, December 3, 2011

Girls Generation sekali lagi menjuarai K-Chart Music Bank


Seperti minggu sudah, sekali lagi Girls' Generation berjaya menjuarai carta K-Chart Music Bank pada minggu ini.

Kemenangan ini merupakan yang kali keenam berturut-turut menerusi lagu The Boys.

Jelas Girls' Generation tidak menyangka and sedikit terperanjat apablia diumumkan sebagai pemenang menewaskan Wonder Girls di tangga kedua.

Wednesday, November 30, 2011

Girls' Generation, 2NE1 dan Super Junior rangkul anugerah utama di MAMA 2011



Girls' Generation (SNSD), 2NE1 dan Super Junior masing-masing merangkul anugerah utama (Daesang) pada MNet Asian Music Award (MAMA) 2011 yang diadakan di Singapura semalam.

Girls' Generation merangkul anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Terbaik Keseluruhan; 2NE1 menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Lonely dan Lagu Terbaik menerusi I Am The Best; manakala Super Junior memenangi anugerah Artis Lelaki Terbaik dan Album terbaik menerusi Mr. Simple.

Saturday, November 26, 2011

Girls' Generation juarai Music Bank K-Chart sekali lagi!



Girls' Generation (SNSD) membuktikan merekalah kumpulan terhangat masa kini apabila sekali lagi merangkul kejuaraan K-Chart Music Bank semalam.

Kemenangan ini merupakan kali kelima berturut-turut menerusi lagu The Boys.

Wonder Girls yang baru muncul dengan lagu Be My Baby terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan jurang perbezaan kutipan mata yang amat kecil.