Pages

Tuesday, September 27, 2011

Girls' Generation bakal muncul dengan album terbaru pada 5 Oktober



Girls' Generation (SNSD) bakal muncul dengan album terbaru mereka pada 5 Oktober depan, demikian menurut agensi mereka SM Entertainment.

Buat masa ini, masih tidak dapat dipastikan samada ia merupakan album penuh ataupun album mini.

Tapi yang pasti, lagu utama dalam album tersebut ditulis oleh produser Amerika yang terkenal, Teddy Riley yang pernah menghasilkan lagu untuk legenda pop terkenal, arwah Michael Jackson.

Lagu tersebut, The Boys bakal dihasilkan dalam dua bahasa sekaligus, Korea dan juga Bahasa Inggeris.

Malah video muzik mereka juga akan mucul dengan dua versi berbeza mengikut bahasa.

SM Entertainment juga memberitahu bahawa album terbaru ini akan dilancarkan serentak di seluruh dunia menerusi portal muzik online iTunes pada tarikh tersebut.

Selain itu juga, SM Entertainment telah mengeluarkan "album shot" untuk Taeyeon, Sunny and juga Hyoyeon.

Saksikan gambar-gambar tersebut di bawah ini.






No comments:

Post a Comment