Pages

Sunday, February 12, 2012

Universal Music Malaysia K-Pop Crazy Party 2012



Pada hari Sabtu, 11 Februari 2012 Universal Music Malaysia telah mengajurkan K-Pop Crazy Party 2012 yang bertempat di Auditorim, Wisma Bentley Mutiara Damansara.

Parti ini diadakan untuk menghargai dan meraikan peminat-peminat artis KPop yang bernaung di bawah label Universal Music Malaysia.

Antara artis-artis terkemuka KPop yang berada di bawah naungan Universal Music Malaysia termasuklah Jay Park, Girls' Generation, Super Junior dan artis-artis dari United Cube yang pernah menggegarkan Malaysia tahun lepas iaitu G.NA, Beast dan juga 4Minute.



Banyak acara yang telah dilangsungkan; termasuklah gerai jualan merchandise artis-artis Kpop, demo masakan Korea, kuiz, cabutan bertuah dan pusingan akhir pertandingan tarian Kpop.

Namun acara yang dinantikan termasuklah lintas lansung perbualan telefon dengan Jay Park di mana tiga orang peminat yang bertuah dapat bertanyakan soalan kepada beliau.

Acara cabutan bertuah juga amat dinantikan peminat kerana dua peminat yang bertuah telah berjaya memenangi tiket untuk menyaksikan konsert Beast Beautiful Show dan Super Junior Super Show 4 yang bakal dilangsungkan di Singapura dengan semua perbelanjaan ditanggung termasuk penginapan dan tiket perjalanan.

Pada pendapat Abg Bob, acara ini telah berjalan dengan agak lancar dan sukses.

Walaupun terdapat beberapa kesulitan seperti tempat duduk yang kurang mencukupi, acara utama bermula agak lewat dari jadual namun ia tidak menghalang keseluruhan perjalanan acara.

Cuma di masa hadapan, Abg Bob berharap pihak penganjur dapat mencari venue yang lebih besar dan dekat dengan kemudahan pengangkutan awam dan lebih banyak gerai-gerai didirikan bagi menyokong acara ini.

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada krew dan pihak penganjur, Universal Music Malaysia.

p/s: Perbualan lintas langsung dengan Jay Park mungkin akan lebih menarik jika diadakan secara video confrence.

Galeri Gambar:

 Peminat membeli album dan merchandise

 Peminat Girls' Generation

 Kalendar Super Junior antara merchandise yang dijual

 Peminat bergambar dengan standee Super Junior

Para audiens tidak sabar untuk memulakan parti

 
Barisan juri yang menghakimi pertandingan tarian
Gambar-gambar peserta pertandingan

Gambar-gambar peserta pertandingan

Gambar-gambar peserta pertandingan

Gambar-gambar peserta pertandingan

Gambar-gambar peserta pertandingan

MC majlis yang agak cute

 DJ memainkan pilihan lagu-lagu Kpop

Pemenang best dressed

Antara pemenang cabutan bertuah

Antara pemenang cabutan bertuah 

Tiga orang peminat yang berpeluang berinteraksi dengan Jay Park

Juri pertandingan, Suanne menunjukkan skil tarian KPop

 Pertandingan ala-ala Running Man

 Fans Girls' Generation yang sporting dan riuh





No comments:

Post a Comment