Pages

Monday, December 5, 2011

Selamat Hari Lahir ke-22, Kwon Yuri



Hari ini merupakan hari yang amat istimewa buat para peminat kumpulan Girls' Generation (SNSD) kerana 22 tahun yang lepas, lahir seorang insan yang dikenali sebagai Kwon Yuri.

Kwon Yuri merupakan ahli Girls' Generation yang termuda lahir pada tahun 1989 dan secara kebetulan, menyambut hari lahir paling terakhir dikalangan anggota-anggota Girls' Generation yang lain.

Merupakan salah seorang penari utama dalam Girls' Generation, bakat Yuri bukan sahaja terhenti di situ, malahan Yuri juga berbakat dalam bidang peragaan, pengacaraan (terpilih menjadi MC untuk MBC Music Core buat kali kedua bersama Tiffany) malahan juga dalam bidang lakonan.

Di kenali sebagai ahli yang paling aktif dan "gila-gila" Yuri menjadi kesayangan peminatnya disebabkan tingkah lakunya yang selamba itu.


Abg Bob ini mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-22 buat Yuri dan semoga beliau berjaya selalu bersama Girls' Generation.

Profil Kwon YuRi:

Nama Pentas : Yuri (유리)
Nama Sebenar : Kwon YuRi (권유리)
Posisi : Penari Utama
Nama Panggilan : Kkabyul, Black Pearl, Yul
Jenis Darah : AB
Bahasa : Korean (Fasih), English (Asas), Chinese (Fasih), Japanese (Asas)
Tarikh Lahir : 5 Disember, 1989
Tinggi : 167cm
Berat : 45kg
Hobi : Exercise, menari
Makanan Kegemaran: Takoyaki
Sekolah : Neunggok High School
Kolej: Univeristi ChungAng (sekuliah dengan Sooyoung dan Big Bang's Seungri)
Saudara : Seorang Abang (Kwon Hyuk-jun)
Tempoh Latihan : 5 tahun 11 bulan
Teman sebilik: Sunny (lama), YoonA (baru) 





No comments:

Post a Comment