Pages

Monday, April 18, 2011

Selamat Hari Lahir, Jessica!


Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi terkemuka dan juga salah seorang anggota kumpulan terhangat masa kini, Girls' Generation (SNSD) yang ke 22. (23 tahun menurut kiraan kalendar Korea).

Jessica Jung merupakan anggota kedua tertua selepas Taeyeon dan juga merupakan penyanyi utama bagi Girls' Generation bersama-sama Taeyeon.
Jessica terkenal dengan personaliti yang agak dingin dan menyebabkan dia digelar "Ice Princess". 

Jessica digemari ramai peminatnya bukan sahaja kerana faktor ini, tetapi dia juga mempunyai suara yang amat merdu dan agak unik berbanding anggota lain Girls' Generation.

Abg Bob ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Jessica juga. Semoga Jessica dan juga Girls' Generation akan terus sukses dan disayangi peminat sentiasa.

Di bawah ini Abg Bob sertakan profil dan juga gambar-gambar terkini Jessica. Enjoy! 

Nama Pentas : Jessica (제시카)
Nama Penuh : Jessica Jung Sooyeon (제시카 정)
Nama Korea : Jung Sooyeon (정수연)
Kedudukan dalam kumpulan : Vokal Utama
Nama Gelaran : Ice Princess, Sica, Sicachu, Ajumma, Sexsica, General
Motto : Follow my heart
Bahasa : Korean (Fasih), English (Fasih), Chinese (Asas), Japanese (Asas)
DOB : April 18, 1989
Tinggi : 163cm
Jenis Darah : B
Saudara: Adik perempuan Krystal Jung (Kumpulan f(x))
Sekolah : Korea Kent Foreign School
Casted : 2000 SM Casting System
Tempoh Latihan : 7 tahun dan 6 bulan





Girls' Generation sekarang ini tengah sibuk membuat persediaan untuk muncul di Jepun degan single terbaru mereka, Mr. Taxi pada 27 April ini. Diharapakan semua peminat Jessica dan Girls' Generation akan menyokong mereka dengan mendapatkan CD yang original.

No comments:

Post a Comment