Pages

Saturday, April 16, 2011

KBS Music Bank (15 April 2011): Tiga kali berturut-turut buat CNBLUE


CNBLUE membuktikan bahawa mereka merupakan band yang terhangat di Korea waktu ini apabila merangkul kedudukan teratas carta K-Chart music Bank buat minggu ketiga berturut-turut.

Kemenangan ini merupakan yang kedua minggu ini setelah semalam, mereka juga menjadu juara tiga kali berturut-turut pada MNet M!Countdown.

Sekali lagi CNBLUE bersaing dengan K.Will untuk menjadi juara akan tetapi CNBLUE masih lagi unggul seperti minggu yang lepas.

K.Will sekali lagi terpaksa berpuas hati di tangga kedua

Minggu ini juga menyaksikan kemunculan semula Dal Shabet, Lee Hyun, dan NS Yoon Ji.

Selain itu, artis-artis baru yang membuat penampilan sulung termasuklah Handsome People, Block B dan Kim Greem.

Mampukah CNBLUE menjadi artis pertama yang menjuarai carta K-Chart 4 minngu berturut-turut tahun ini? Sama-samalah kita tunggu minggu hadapan.

Sumber: allkpop 


No comments:

Post a Comment