Pages

Tuesday, April 26, 2011

KBS Music Bank (23 April 2011): Episod istimewa ke-600 & f(x) comeback


Minggu ini merupakan episod yang ke-600 Music Bank bersiaran semenjak episod pertamanya pada 18 Jun, 1998.

Oleh kerana episod istimewa ini, kedudukan dan juga juara mingguan K-Chart tidak diumumkan.

Minggu ini, dua buah kumpulan baru, A Pink dan X-5 membuat kemunculan pertama mereka di atas pentas Music Bank.
Akan tetapi, yang paling dinantikan ialah "comeback" dari kumpulan f(x), yang muncul kembali setelah hampir setahun tidak aktif mempromosikan lagu mereka.

f(x) muncul dengan mendendangkan 2 buat lagu dari album terbaru mereka, Pinocchio (Danger) dan Gangsta Boy.

f(x) dengan lagu Gangsta Boy

f(x) mendendangkan Pinocchio (Danger)

Selain itu, terdapat 7 persembahan istimewa dari TVXQ, CNBLUE, Rainbow, 4minute, Kim Tae Woo, Danny Ahn, Son Ho Young, Wheesung dan INFINITE semperna dengan edisi istimewa ini.

4minute tribute dengan menyanyikan No.1, nyanyian asal BoA

g.o.d pertama kali bersama sejak 2006

Sumber: allkpop

No comments:

Post a Comment