Hari ini, SNSD telah mengeluarkan klip video terbaru mereka, "Visual Dream". MV ini dirakamkan untuk promosi SNSD bersama Intel yang akan di tayangkan di seluruh pelusuk Asia. Saksikan MV masih hangat dari ketuhar seperti di atas. Enjoy!
Apabila bercakap tentang K-Pop, pasti ramai yang membayangkan muzik dance-pop yang rancak dan juga “idol group” seperti DBSK, Wonder Girls, Big Bang, Super Junior, 2PM, BoA dan SNSD. Tapi sedarkah anda terdapat banyak artis-artis K-Pop yang tidak kurang hebatnya yang lari dari genre sebegini?
Terdapat banyak artis-artis K-Pop yang popular menerusi irama rock dan juga ballad. Antara artis-artis K-Pop yang cukup popular kini dengan genre rentak perlahan dan ballad ialah 2AM dan SG Wannabe.
Joo merupakan antara artis K-Pop yang mendendangkan irama ballad. Joo atau nama sebenarnya, Jung Min Ju merupakan artis solo yang bernaung di bawah JYP Entertaiment.
Joo memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya, “Because of You” pada tahun 2008. Akan tetapi, Joo mengambil keputusan untuk kembali menjadi pelatih bagi memantapkan dirinya setelah dia menyedari masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.
Kini, pada 4 Januari 2011 yang lepas, Joo telah muncul kembali dengan mini-album terbarunya, “Heartmade” setelah menyepikan diri selama 2 tahun. Antara single yang tengah mendapat sambutan hangat sekarang ini ialah Bad Guy (Napeun Namja).
Lagu ini berkisar tentang rayuan seorang wanita terhadap pasangannya supaya tidak meninggalkannya.
Sebenarnya Abg Bob tak pernah mendengar Joo sebelum ini. Akan tetapi setelah menyaksikan persembahannya pada Music Bank minggu lepas, Abg Bob mula tertarik hari pada Joo. Persembahanya yang penuh emosi dan lebih mantap dari persebahannya pasa minggu pertama kemunculannya.
Selama ini, Abg Bob banyak mendengar lagu-lagu K-Pop berentak rancak setelah lama meninggalkan “scene” Indo-pop yang banyak lagu-lagu berentak ballad seperti ini. Terus terang Bad Guy telah menyebabkan Abg Bob agak tersentuh kerana lagunya agak mantap dan Abg Bob dapat merasakan emosi yang disampaikan menerusi lagu ini walaupun tidak memahami lirik yang terkandung di dalamnya.
Kepada semua peminat K-Pop mahupun peminat muzik amnya, lagu ini merupakan lagu yang bagus dan semua patut mendengarnya. Saksikan MV Bad Guy di bawah dan sila berikan komentar anda tentang lagu dan MV tersebut. Adios!
DBSK mnembuktikan bahawa mereka masih merupakan boyband yang unggul dan ramai peminat apabila muncul sebagai juara K-Chart minggu ini dengan lagu mereka, Why (Keep your head down). Kejayaan ini amat manis buat mereka setelah 2 tahun 3 bulan menyepi dari industri muzik Korea.
Minggu ini juga menyaksikan MBLAQ membuat kemunculan semula mereka di atas pentas dengan mendendangkan lagu Cry dan Stay.
Minggu ini juga merupakan minggu terakhir IU membuat persembahan “live” di atas pentas setelah 3 minggu berturut-turut menguasai carta K-Chart.
Antara artis-artis yang membuat persembahan termasuklah SISTAR, Secret, JOO, Piggy Dolls dan F.CUZ.
Berikut adalah senarai penuh artis-artis yang membuat persembahan.
Comeback Stage
Mblaq - Cry + Stay
Teen Top - Supa Luv
HOT DEBUT Stage
Hangroo - Witch Girl
Music Bank HOT Stage
DBSK - Keep Your Head Down
Secret - Shy Boy
Infinite BTD- Before The Dawn
JOO - Bad Guy
Dal Shabet - Supa Dupa Diva
Today
Piggy Dolls - Trend
Dr. Gimm - That’s Very Hot
JQT - PeeKaBoo
Gil Hak Mi - Winter Story
Popsicle - I Will Love You Until It Snows In The Middle Of A Summer Day
F.cuz - Friend’s Graduation
Beige - I Can’t Drink
Sunny Side Chang- Feat.Gavy NJ HeeYoung - Crazy Love
JJ - Ppang
Sistar - How Dare You
T-ara - YA YA YA
IU - Good Day
Edisi Music Bank pada minggu ini sememangnya hangat dan meletup. 2 artis membuat kemunculan semula iaitu DBSK dan Secret selain debut bagi dua kumpulan baru iaitu Piggy Dolls dan Dal Shabet.
DBSK membuat kemunculan yang dinantikan ramai setelah 2 tahun menyepi. Mereka mempersembahkan 2 buah lagu, How Can I dan Why (Keep your head down). Secret juga tampil dengan single terbaru mereka, Shy boy.
Juara carta K-Chart minggu ini jatuh kepada IU. IU telah mengalahkan GD & TOP di tempat kedua dengan hanya perbezaan beberapa mata sahaja. Ini bermakna IU telah mengungguli carta K-Chart selama tiga minggu berturut-turut menerusi lagu hitnya Good Day.
Antara artis-artis lain yang membuat persembahan ialah Joo, INFINITE, F.CUZ, T-ara, Orange Caramel, Yurisangja, Sunny Side Chang dan SISTAR.
Hari ini, setelah menyepi tanpa album baru selama kurang lebih 2 tahun, Dong Bang Shin Ki (DBSK) telah melancarkan album terbaru juga merupakan album ke-5 mereka, “Keep Your Head Down”. Album ini mengandungi 11 buah lagu daripada pelbagai composer yang ternama.
Girls' Generation (SNSD atau lebih dikenali sebagai Shojou Jidai di Jepun) dan KARA telah dinamakan sebagai Artis Baru Terbaik pada Anugerah Japan Gold Disc yang ke-25 baru-baru ini. KARA memenagi bagi kategori “Antarabangsa” manakala SNSD pula baru kategori “Domestik”
Anugerah ini adalah perhargaan kedua buat mereka setelah kedua-dua kumpulan memenangi anugerah “Emas” dan “Platinum” bagi penjualan single dan album mereka yang sangat memberangsangkan di pasaran Jepun oleh Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ)
Tahniah Abg Bob ucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga mereka lebih berjaya lagi dan mengeluarkan lagu-lagu yang diminati ramai pada tahun baru 2011 ini. Syabas!
Hari ini, MBLAQ telah megeluarkan MV terbaru mereka, “Cry” untuk tontonan umum. Cry merupakan salah sebuah lagu terbaru yang terkandung dalam album terbaru mereka, iaitu album penuh pertama dari mereka yang akan muncul dipasaran pada 10 Januari ini. Nikmati MV mereka yang mantap di bawah:
Selamat tahun baru 2011 Abg Bob ucapkan kepada semua pembaca gilakpop dan juga penggemar K-pop sekelian. Thaun 2010 merupakan tahun yang cukup baik buat peminat dan penggemar K-Pop.
Tahun 2010 menyaksikan fenomena 'Hallyu' ataupun 'Korean Wave' terutamanya sekali dari sudut industri muzik melanda Malaysia dengan hebat sekali. Muzik K-Pop makin ramai pendengar dan juga penggemar sehinggakan banyak stesen radio berbahasa Melayu mula memutarkan lagu-lagu Korea di corong-corong radio. Paling mengejutkan, stesen radio ERA fm mencatatkan sejarah tersendiri sebagai stesen berbahasa Melayu yang pertama mewujudkan carta khusus untuk lagu-lagu Korea. Syabas diucapkan kepada ERA fm.
Tahun 2010 juga menyaksikan artis-artis K-Pop tidak putus-putus mengunjungi negara ini untuk rangka promosi dan juga mengadakan konsert. Antara nama besar yang telah hadir ialah Super Junior yang saban tahun datang membuat konsert tanpa rasa jemu.
Antara artis-artis lain yang menjejakkan kaki di sini termasuk Jay Park, Beast, U-KISS dan juga Kim Hyunjoong.
Tahun 2011 bakal dimulakan dengan konsert K-Pop terbesar iaitu DiGi Live K-Pop Party yang bakal dilangsungkan di Stadium Negara pada 13 Januari. Konsert ini bakal dijayakan oleh artis-artis kelolaan Cube Entertainment iaitu Beast, 4 Minute dan G.NA.
Abg Bob berharap agar 2011 bakal menyaksikan lebih banyak artis-artis akan singgah ke sini, terutamanya artis yang mempunyai fanbase yang agak besar di Malaysia seperti KARA, SNSD dan 2PM.
Terima kasih juga Abg Bob ucapkan kepada pembaca-pembaca gilakpop.com yang setia menyokong walaupun blog ini baru hanya 2 bulan beroperasi. Nantikan lebih banyak update tentang dunia K-Pop yang dibawakan segar olen Abg Bob pada tahun 2011. Kamsahamnida!