Pages

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Lahir ke-23, Kim Taeyeon

9 Mac merupakan tarikh yang amat dinantikan oleh SONEs iaitu peminat kumpulan No.1 Asia, Girls' Generation kerana tarikh ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Kim Taeyeon, teraju utama SNSD.

Sebagai anggota tertua Girls' Generation, Kim Taeyeon juga merupakan ketua kumpulan dan juga vokalis utama.

Taeyeon mempunyai suara yang agak lunak dan diakui antara yang terbaik dikalangan artis-artis idol di Korea.


Maka tidak hairanlah Taeyeon banyak menyumbangkan suara untuk merakamkan lagu-lagu OST drama-drama yang agak popular seperti Athena: Goddess of War, The Legend of Hong Gil Dong dan Beethoven Virus.

Walaupun begitu Taeyeon pernah mengakui yang dia lebih selesa bersama Girls' Generation dan tidak pernah terlintas untuk bergerak secara solo.

Pada kesempatan ini, Abg Bob ingin mengucapkan tahniah dan selamat hari lahir untuk Kim Taeyeon.

Semoga 2012 akan mendatangkan banyak kejayaan buat beliau dan juga Girls' Generation

Profil Kim Taeyeon:
Nama Pentas: Taeyeon
Nama Sebenar: Kim Tae-yeon (김태연)
Nama Panggilan: Taeng, Taengoo (Taeng9), Tete, Kid Leader, ByunTaeng (pervert Taeng), JumTaeng
Posisi: Ketua & Vokalist Utama
Tarikh Lahir: Mac 9, 1989
Asal: Jeorado Jeonju
Zodiak: Pisces
Jenis Darah: O+
Saudara: Abang (Kim Ji-woong), Adik (Kim Ha-yeon)
Bahasa: Korean (Fluent)
Kelebihan: Trot
Dipilih: 2004 SM 8th Annual Best Contest (Best Singer 1st Place Grand Award)
Tempoh Latihan: 3 Tahun 3 bulan
Sekolah: Jeonju Art High School (전주예술고고등학교) (sama dengan maknae, Seohyun)
Teman Sebilik: Tiffany(sebelum debut), Sooyoung(lama), Yoona(lama), Sunny(baru)






  


No comments:

Post a Comment