Pages

Wednesday, May 11, 2011

SMTown Live in Paris: Tarikh kedua telah diputuskan.


Nampaknya permintaan peminat-peminat K-Pop Eropah telah di tunaikan.

Semalam, pihak pengurusan SM Entertainment telah mengumumkan bahawa satu lagu tarikh baru konsert SMTown Live in Paris telah dimuktamadkan, iaitu pada 11 Jun 2011.

Buat pembaca yang tidak tahu, satu "flash mob" telah diadakan oleh peminat-peminat K-Pop di Paris bagi mendesak supaya satu lagi konsert diadakan disebabkan kebanyakan peminat tidak dapat membeli tiket untuk konsert yang asal pada 10 Jun 2011 diseabakan kehabisan hanya setelah 15 ianya dijual. (sila rujuk sini)

Akan tetapi, tiket bagi konsert tesebut telah di tangguhkan hingga ke tarikh yang akan ditentukan kemudian, menurut laman webKorean Connection.

Konsert SM Town lazimnya mendapat sambutan yang amat hangat kerana dibarisi oleh artis-artis terbaik dan paling popular K-Pop seperti TVXQ, Super Junior, Girls' Generation, SHINee dan juga f(x).

Abg Bob harapkan dengan pengumuman ini, peminat-peminat K-Pop Eropah tidak lagi mengamuk dan boleh bergembira sakan apabila menyaksikan idol-idol mereka beraksi di atas pentas kelak.

Sumber: soshified

No comments:

Post a Comment