Pages

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Lahir, Sunny



Hari ini merupakan hari ke-22 (23 mengikut kiraan kalendar Korea) ulangtahun kelahiran seorang ahli kumpulan Girls' Generation, Sunny.

Sunny atau nama sebenarnya, Lee Soon Kyu merupakan ahli ketiga tertua dalam kumpulan Girls' Generation selepas Taeyeon dan Jessica.
Sunny merupakan ahli Girls' Generation yang terakhir bergabung, hanya kira-kira 6 bulan selepas menyertai syarikat SM Entertainment.

Awal kemuncualnnya ramai yang membuat spekulasi tentang hal ini kerana pertalian darahnya dengan pengasas dan pengerusi SM Entertaiment, Lee Soo Man. Sunny merupakan anak saudara beliau.

Akan tetapi Sunny telah berjaya membuktikan bahawa dia memang layak untuk bergelar ahli Girls' Generation

Dengan vokalnya yang mantap dan juga skill yang tinggi dalam rancangan hiburan "variety", Sunny disukai ramai peminatnya juga disebabkan oleh kecomelannya sehinggakan digelar "Queen of Aegyo"

Di sini, Abg Bob ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Sunny yang merupakan salah seorang ahli Girls' Generation kegemaran Abg Bob.

Semoga Sunny suksess selalu dan lebih berjaya dalam kariernya bersama Girls' Generation.

Sunny hwaiting!

Profil Sunny:

Nama Pentas : Sunny (써니)
Nama Sebenar : Lee Sunkyu (이순규)
Posisi : Vokalis sokongan
Nama Panggilan : DJ Soon, Sunny Bunny, Aegyo Queen, Gag-dol, Strong Sunny, Chicken-Catcher Soonkyu
Motto : Everyday Sunny Day
Jenis Darah : B
Bahasa : Korean (Fasih), English (Asas), Chinese (Asas), Japanese (Asas)
Tarikh Lahir : May 15, 1989 (Lahir di Amerika Syarikat)
Tinggi : 155cm
Berat : 43kg
Hobi : Berenang, video Games, sukan, Aegyo mintak penumbuk
Minat : Muzik, fesyen, basa majalah, dancing, menyanyi & membeli-belah
Sekolah : Baehwa All-Girls High School
Saudara : 2 kakak, Lee Eun-kyu & Lee Jin-kyu
Tempoh Latihan : 6 Bulan. Berlatih selama 5 tahun di syarikat lain sebelum menyertai SM Entertainment.
Teman sebilik: Yuri(lama), Taeyeon(baru)






Sumber: SONEternity

No comments:

Post a Comment