Pages

Monday, January 31, 2011

KBS Music Bank (28 Januari 2011) – Triple Crown buat DBSK



Dong Bang Shin Ki (DBSK) sekali lagi membuktikan yang mereka masih popular di hati para peminat apabla menjuarai K-Chart buat kali ketiga berturut-turut.

DBSK menewaskan Secret menerusi Shy Boy di tempat kedua menerusi jurang perbezaan mata yang agak selesa.

Akan tetapi, DBSK tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut kerana mereka berada di Jepun untuk membuat persembahan di rancangan Music Station bersama-sama SNSD pada tarikh yang sama.

Antara artis-artis yang membuat persembahan termasuklah SECRET, Woo Joo, The One, B-Dolls, Park Jung Min, Teen Top, Piggy Dolls, Dal Shabet, G.NA, Gavy NJ, Beige, Han Groo, Navi, INFINITE, Mighty Mouth, Soya, See Hyeon, JQT, dan Sunnyside Chang

 DBSK menewaskan Secret di tempat kedua
 
Sumber: allkpop 


Monday, January 24, 2011

Dream High mula bersiaran di KBS World



Drama yang dinanti-nantikan ramai, Dream High akan mula bersiaran di KBS World, channel 391 Astro pada 9.03 PM malam ini.

Drama ini memang mendapat publisiti hangat sebelum ianya ditayangkan lagi kerana ia dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon hebat dan juga idol-idol K-Pop yang menjadi kegilaan remaja seantero Korea mahupun Asia.

Antara yang membintangi drama ini termasuklah pelakon Bae Yong Jun (Winter Sonata), Lee Yoon Ji dan barisan idol Taecyeon (2PM), Wooyoung (2PM), Suzy (Miss A), Eunjung (T-ara) dan penyayi solo paling hangat sekarang, IU.

Dream High merupakan kisah suka-duka para pelajar di sekolah elit  Girin Art High School yang bercita-cita untuk menjadi penghibur terkenal suatu hari nanti.

Sumber: D-addicts



Sunday, January 23, 2011

KBS Music Bank (21 Januari 2011) – DBSK juara K-Chart lagi



Dong Bang Shin Ki (DSBK) sekali lagi telah mengungguli carta K-Chart pada siaran Music Bank yang telah di adakan pada Jumaat lepas, 21 November.

DBSK, menerusi lagu Why (Keep Your Head Down) telah berjaya mengatasi cabaran dari aktor/penyanyi Hyun Bin.

Minggu ini juga menyaksikan Orange Caramel kembali ke pentas dengan menyanyikan lagu Not Yet. G.NA juga membeuat kemunculan semula dengan lagu barunya Black & White dan Miss You Already

Antara artis-artis yang membuat persembahan termasuklah Joo, Secret, MBLAQ, Park Jung Min, Mighty Mouth dan Infinite.

DBSK menang lagi


Orange Caramel kembali semula ke pentas

Sumber: allkpop, soompi

Saturday, January 22, 2011

Seoul Music Award 2011: SNSD bolot 4 anugerah


Semalam, 20 Januari 2011 merupakan malam yang manis buat Girls' Generation (SNSD). SNSD telah meraih anugerah utama Daesang di samping 3 anugerah lain.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah sebuah kumpulan wanita berjaya memenangi anugerah utama Daesang buat dua tahun berturut-turut. SNSD turut memenangi anugerah utama Daesang pada tahun lepas.

Ketika menyampaikan ucapan kemenangan, Sooyoung sebagai wakil merakamkan penghargaan buat peminat mereka, SONE kerana sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada mereka.

Berikut adalah senarai penuh keputusan anigerah Seoul Music Award 2011.

Anugerah utama Daesang:
Girls' Generation (SNSD)

Anugerah Bonsang:
2AM
4minute
Beast
F.T. Island
Girls' Generation (SNSD)
IU
miss A
Secret
SHINee
Son Dam Bi

Augerah Populariti:
SHINee
Girls' Generation (SNSD)

Anugerah Pendatang Baru:
SISTAR
CNBLUE
D-NA

Anugerah Khas Hallyu:
Girls' Generation (SNSD)

Anugerah Trot Record of The Year:
Jang Yoon Jung

Anugerah Album Terbaik:
"PSY Five" PSY

Anugerah Album Digital Terbaik:
“Real” IU

Anugerah Persembahan Terbaik:
Bobby Kim

Anugerah Hip Hop:
Supreme Team

Anugerah R & B:
2AM


Tahniah Abg Bob ucapkan kepada SNSD dan juga pemenang yang lain. Semoga tahun 2011 menjanjikan kejayaan yang berterusan buat mereka.

p/s: Bila SNSD nak dalam melawat peminat mereka di Malaysia?

Sumber: allkpop, mykiru

Wednesday, January 19, 2011

4 anggota KARA saman syarikat rakaman mereka DSP Media Entertainment


4 orang anggota kumpulan K-Pop popular KARA iaitu JiYoung, Hara, Nicole dan SeungYeon hari ini telah bertindak menyaman syarikat rakaman mereka, DSP Media Entertainment di atas pertelagahan kontrak mereka. Menariknya, Gyuri sebagai ketua kumpulan KARA tidak turut serta dalam saman ini. dan

Berikut adalah kenyataan dari peguam yang mewakili mereka, Landmark. (Kenyataan ini di petik terus dari laman web dkpopnews.net dan tidak di alih bahasa bagi mengelakkan mis-translasi)

“Despite KARA receiving much love from their activities in both Korea and Japan, the members have experienced inexplicable pain that brought them to this decision. They’ve held it in for a long time, but in order to protect their rights and their future, the members have decided to part ways from their company.


KARA has tried their absolute best in compromising with their company prior to their decision, but their agency used their power in forcing the members to fulfill schedules that they did not want, and continuously added activities on top of a loaded schedule without prior consent or discussion. The psychological damages that the members were forced to endure cannot be explained in words, and their efforts have gone to waste. Their misery is severe, and they can no longer remain under such a company, which is why they decided to declare their withdrawal.

Trust is the most important aspect of a relationship between an agency and its artist, but the agency has been using KARA as a way to make money. A variety of issues that have not been stated are still present. The agency has decided the majority of the girls’ celebrity activities without any sort of discussion or meeting, and has rejected requests asking for explanations or for proper documents. Their relationship has been destroyed to the point that it could never be restored again.
"

Menjawab isu ini, ini adalah kenyataan dari pihak DSP Entertainment:
“This is ridiculous, we are not sure what went wrong. We have yet to understand the situation. We’ll be releasing an official statement soon.”

Abg Bob berharap isu ini dapat di atasi segera dan segala salah faham dapat dibetulkan. Kita tidak mahu lagi melihat K-Drama seperti yang berlaku di antara DBSK dan SM Entertaiment. Akan tetapi isu ini membuatkan Abg Bob terfikir, apkah benar artis-artis K-Pop berada dalam perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan syarikat rakaman mereka? Apa kata anda?

Tuesday, January 18, 2011

SNSD muncul dengan MV terbaru, "Visual Dream"



Hari ini, SNSD telah mengeluarkan klip video terbaru mereka, "Visual Dream". MV ini dirakamkan untuk promosi SNSD bersama Intel yang akan di tayangkan di seluruh pelusuk Asia. Saksikan MV masih hangat dari ketuhar seperti di atas. Enjoy!


Review: Joo – Bad Guy (Napeun Namja)



Apabila bercakap tentang K-Pop, pasti ramai yang membayangkan muzik dance-pop yang rancak dan juga “idol group” seperti DBSK, Wonder Girls, Big Bang, Super Junior, 2PM, BoA dan SNSD. Tapi sedarkah anda terdapat banyak artis-artis K-Pop yang tidak kurang hebatnya yang lari dari genre sebegini?

Terdapat banyak artis-artis K-Pop yang popular menerusi irama rock dan juga ballad. Antara artis-artis K-Pop yang cukup popular kini dengan genre rentak perlahan dan ballad ialah 2AM dan SG Wannabe.

Joo merupakan antara artis K-Pop yang mendendangkan irama ballad. Joo atau nama sebenarnya, Jung Min Ju merupakan artis solo yang bernaung di bawah JYP Entertaiment.

Joo memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya, “Because of You” pada tahun 2008. Akan tetapi, Joo mengambil keputusan untuk kembali menjadi pelatih bagi memantapkan dirinya setelah dia menyedari masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Kini, pada 4 Januari 2011 yang lepas, Joo telah muncul kembali dengan mini-album terbarunya, “Heartmade” setelah menyepikan diri selama 2 tahun. Antara single yang tengah mendapat sambutan hangat sekarang ini ialah Bad Guy (Napeun Namja).

Lagu ini berkisar tentang rayuan seorang wanita terhadap pasangannya supaya tidak meninggalkannya.

Sebenarnya Abg Bob tak pernah mendengar Joo sebelum ini. Akan tetapi setelah menyaksikan persembahannya pada Music Bank minggu lepas, Abg Bob mula tertarik hari pada Joo. Persembahanya yang penuh emosi dan lebih mantap dari persebahannya pasa minggu pertama kemunculannya.

Selama ini, Abg Bob banyak mendengar lagu-lagu K-Pop berentak rancak setelah lama meninggalkan “scene” Indo-pop yang banyak lagu-lagu berentak ballad seperti ini. Terus terang Bad Guy telah menyebabkan Abg Bob agak tersentuh kerana lagunya agak mantap dan Abg Bob dapat merasakan emosi yang disampaikan menerusi lagu ini walaupun tidak memahami lirik yang terkandung di dalamnya.

Kepada semua peminat K-Pop mahupun peminat muzik amnya, lagu ini merupakan lagu yang bagus dan semua patut mendengarnya. Saksikan MV Bad Guy di bawah dan sila berikan komentar anda tentang lagu dan MV tersebut. Adios!




Sumber: JYPEntertaiment, soompi

Monday, January 17, 2011

KBS Music Bank (14 Januari 2011) – DBSK juara & MBLAQ comeback


DBSK mnembuktikan bahawa mereka masih merupakan boyband yang unggul dan ramai peminat apabila muncul sebagai juara K-Chart minggu ini dengan lagu mereka, Why (Keep your head down). Kejayaan ini amat manis buat mereka setelah 2 tahun 3 bulan menyepi dari industri muzik Korea.

Minggu ini juga menyaksikan MBLAQ membuat kemunculan semula mereka di atas pentas dengan mendendangkan lagu Cry dan Stay.

Minggu ini juga merupakan minggu terakhir IU membuat persembahan “live” di atas pentas setelah 3 minggu berturut-turut menguasai carta K-Chart.

Antara artis-artis yang membuat persembahan termasuklah SISTAR, Secret, JOO, Piggy Dolls dan F.CUZ.

Berikut adalah senarai penuh artis-artis yang membuat persembahan.

Comeback Stage
Mblaq - Cry + Stay
Teen Top - Supa Luv

HOT DEBUT Stage
Hangroo - Witch Girl

Music Bank HOT Stage
DBSK - Keep Your Head Down
Secret - Shy Boy
Infinite BTD- Before The Dawn
JOO - Bad Guy
Dal Shabet - Supa Dupa Diva

Today
Piggy Dolls - Trend
Dr. Gimm - That’s Very Hot
JQT - PeeKaBoo
Gil Hak Mi - Winter Story
Popsicle - I Will Love You Until It Snows In The Middle Of A Summer Day
F.cuz - Friend’s Graduation
Beige - I Can’t Drink
Sunny Side Chang- Feat.Gavy NJ HeeYoung - Crazy Love
JJ - Ppang
Sistar - How Dare You
T-ara - YA YA YA
IU - Good Day

Sumber: soompi



Menewaskan IU di tempat kedua

Persembahan mantap Changmin dan Yunho

Secret dengan Shy Boy

MBLAQ comeback dengan Cry