Pages

Saturday, July 16, 2011

KBS Music Bank (15 Julai 2011): Triple crown buat "Hands up!" 2PM



Music bank kembali bersiaran sekali lagi minggu ini pada jam 4.25PM waktu Malaysia Barat.

Untuk edisi kali ini, 2PM membuktikan popularti mereka apabila telah berjaya menggondol juara K-Chart buat kali ketiga berturut-turut menerusi lagu funky mereka, Hands up!

2PM mengenepikan cabaran dari Starlight Moonlight oh Secret di tempat kedua.
Tahniah Abg Bob ucapkan buat 2PM dan peminat mereka, Hottest!



Menewaskan Secret di tempat kedua

Minggu ini juga menyaksikan sekali lagi banyak persembahan-persembahan yang bertenaga disajikan kepada penonton.

Secret dan A Pink membuat persembahan perpisahan mereka di atas pentas Music Bank manakala MBLAQ, J, Rumble Fish dan CAN membuat kemunculan semula. 

Artis-artis lain yang membuat persembahan termasuklah HyunA, T-Ara, Code V, Min Kyung Hoon, Mighty Mouth, The Grace - Dana & Sunday, B1A14, Navi, Jang Woo Hyuk, 8eight, Girls' Day, Shin Go Eun, SunnyHill dan Boyfriend
Saksikan sebahagian dari persembahan mereka di bawah:

2PM - Hands Up!



T-ara - Roly Poly


Secret - Starlight Moonlight


MBLAQ - Mona Lisa


Girl Day - Hug Me Once



Sumber: allkpop, soompi

No comments:

Post a Comment