Pages

Monday, May 27, 2013

Yuri menang anugerah di 49th Baeksang Art Awards



Yuri, salah seorang anggota kumpulan popular Girls' Generation baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon TV popular wanita menerusi wataknya, Choi Anna dalam drama popular Fashion King yang di siarkan oleh rangkaian SBS.

Anugerah ini yang dimenangi di 49th Baeksang Art Awards merupakan anugerah yang pertama dimenangi beliau menerusi bidang lakonan.

Tahniah Abg Bob ucapkan kepada Yuri. Semoga dia akan berjaya selalu dalam bidang lakonan mahupun nyanyian bersama-sama Girls' Generation.

p/s: Kepada peminat-peminat Girls' Generation, saksikan drama terkini lakonan Sooyoung, Dating Agency: Cyrano

Wednesday, January 16, 2013

Karpet Merah dan Senarai Pemenang Golden Disk Award ke-27

Semalam telah berlangsung anugerah paling berprestij industri muzik Korea Selatan, Golden Disk Award ke-27.

Anugerah ini telah diadakan di Sepang International Circut (SIC) Sepang, Malaysia.

Antara artis-artis ternama Korea Selatan yang menghadirkan diri termasuklah KARA, Super Junior, SHINee, CNBlue, FT Island, B1A4, B2ST, Juniel dan BTOB.

Saksikan senarai pemenang and juga gambar-gambar pada sesi karpet merah (gambar kredit wuuhuuonline.com)


Disk Daesang
- Super Junior “Sexy Free & Single”


Disk Bonsang
- 4minute
- B1A4
- B2ST
- CNBLUE
- FT ISLAND
- INFINITE
- KARA
- SHINee
- Super Junior


Rookie Award
- EXO-K
- Juniel


Best Dance Performance Award
- Trouble Maker


Best Group Performance Award
- INFINITE


Next Generation Star Award
- BtoB


MSN Southeast Asia Award
- Super Junior “Sexy Free & Single”


Malaysia’s Most Favorite Star Award
- CNBLUE
- KARA


jTBC Best Artist Award
- B2ST


Popularity Award
- SHINee


Golden Disk Producer Award
- Han Sung Ho (FNC Entertainment)


 Super Junior
 B2ST
 4Minute
B1A4
 KARA
 Juniel
 CN Blue
 EXO
 FT Island
 SHINee

Wednesday, January 2, 2013

Girls' Generation kembali dengan lagu terbaru: I Got a Boy

Semalam, pada hari pertama tahun baru 2013 SM Town telah mengluarkan video muzik terbaru dari Girls' Generation, I Got a Boy.

Penilaian ringkas Abg Bob;

Muzik: 2/5. Intro macam lagu SHINee. Sekali dengar macam mash-up 5 lagu dalam satu
Tarian: 5/5. Girls' Generation memang kumpulan idol yang mempunyai koreografi terbaik!
Video Muzik: 4/5. Too colorful tapi macam takde jalan cerita sempurna.

Apa-apa pun, buat SONEs dan peminat Girls' Generation, enjoy!



p/s: Abg Bob memang tak suka gila dengan short pants yang Tiffany pakai. Nampak hodoh amat!

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Lahir ke-23 Sunny!



Hari ini merupakan hari yang dinantikan untuk semua peminat Girls' Generation kerana pada 15hb Mei 2012 merupakan ulangtahun kelahiran Sunny.
Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah bagi kerjaya seni Sunny.

Selepas promosi album The Boys yang sangat berjaya, Sunny dipanggil semula untuk membintangi rancangan variety Invincible Youth 2 bersama-sama dengan anggota Girls' Generation Hyoyeon.

Selain itu, Sunny juga menjadi pengacara tetap rancangan MTV Music Island yang disiarkan menerusi rangkaian SBS. 

Monday, April 30, 2012

TaeTiSeo menggegar dengan kemunculan muzik video Twinkle





Hari ini TaeTiSeo telah melancarkan muzik video Twinkle menerusi laman youtube bersempena dengan pelancaran album mereka.


Buat pembaca yang kurang tahu, TaeTiSeo merupakan sub-unit Girls' Generation yang dianggotai oleh Taeyeon, Tiffany dan Seohyun.


Mereka baru sahaja mengeluarkan mini-album yang mengandungi 6 buah lagu.


Sila nikmati muzik video mereka seperti di bawah:3





kredit: SMTOWN youtube

Friday, April 20, 2012

Jay Park bakal kembali ke Malaysia



Universal Music Malaysia telah mengesahkan bahawa sensasi solo KPop, Jay Park bakal kembali ke Malaysia bulan hadapan.

Jay Park akan berada di Malaysia pada 12 hingga 15 Mei ini bagi mempromosikan album sulungnya, "New Breed"

Bagi para peminat Jay Park, Jaywalkers; anda berpeluang untuk memenangi jemputan untuk menonton showcase yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.

Caranya mudah sahaja, sertai peraduan yang diadakan pada Facebook Universal Music Malaysia seperti berikut http://www.facebook.com/pages/Universal-Music-Malaysia-Chinese/160137919794?sk=app_378072715546084 dan ikuti langkah-langkah yang tertera pada fanpage tersebut.

Selain dari tiket-tiket, anda juga berpeluang memenangi pas ekslusif sesi  autograph dan juga merchandise seperti poster.

Jadi tunggu apa lagi, sertailah segera jika anda benar-benar Jaywalkers!


Wednesday, April 18, 2012

Selamat Hari Lahir ke-23 Jessica

Hari ini merupakan hari yang dinantikan ramai peminat -peminat Kpop terutamanya peminat setia Girls' Generation kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Jessica yang ke-23!

Jessica merupakan anggota kedua tertua dalam Girls' Generation selepas Kim Taeyeon and secara kebetulan Jessica juga merupakan vokalist utama kedua dalam kumpulannya.

Seperti Tiffany, Jessica merupakan salah seorang anggota kumpulan Girls' Generation yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan juga adalah warganegaranya.

Saturday, March 24, 2012

Girls' Generation menggamatkan suasana konsert Twin Towers @Live 2012



Dengan kehadiran kira-kira 50 000 orang peminat setia, memang layaklah sensasi pop Korea Selatan, Girls' Generation bergelar supergroup Asia No.1!


Seperti yang dilaporkan gilakpop.com sebelum ini, semalam Girls' Generation menjadi artis pertama yang membuat persembahan pada konsert Twin Towers @Live 2012 yang dianjurkan bersempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa F1 Sepang pada hujung minggu ini.


Konsert yang diadakan di kaki bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas turut menampilkan artis terkenal seperti Nicole Scherzinger namun berdasarkan sambutan hangat dari para peminat, Girls' Generation merupakan tarikan utama konsert tersebut.