Pada 14 November SBS menyiarkan Konsert Love Sharing pada slot tayangan Inkigayo. Konsert ini telah di adakan di Stadium Olimpik Seoul, di anjurkan oleh NongShim bertujuan untuk mengumpulkan dana buat Pertubuhan Palang Merah Korea.
Terdapat ramai artis-artis popular Korea yang telah membuat persembahan pada konsert tersebut. Antaranya SNSD, 2PM, 2AM, miss A and VNT. Akan tetapi persembahan Beast (B2ST) adalah antara paling menyerlah pada malam tersebut. Setelah baru sahaja mengeluarkan mini-album keempat mereka pada 9 November lepas, pentas konsert ini adalah merupakan pentas pertama mereka untuk mempromosikan lagu-lagu terbaru secara “live”
Beast telah menyampaikan 2 buah lagu, Lights Go On Again dan Beautiful. Saksikan petikan gambar-gambar pada konsert tersebut.
Yonghwa, Yoona dan Jo Kwon sebagai pengacara
Soo-young dengan gaya rambut ponytail
Image “cute” Beast dalam lagu Beautiful
Dengan image “putih suci” untuk lagu Lights Go On Again Sumber: allkpop, gokpop
No comments:
Post a Comment